Skip to main content

Selebriti

Gelagat Khairul Aming Cuba Jadi ‘Waiter’ Buat Ramai Terhibur - “Ya Allah, Gagal Betul, Tak Lulus, Buat Video Makanan Aku Reti”

AstroGempak Khairul Aming jadi waiter

Sekilas

  • Khairul Aming mencuri tumpuan netizen selepas mencuba jadi waiter di restoran miliknya, Rembayung.
  • Video pendek menunjukkan dia kelihatan sibuk menghantar makanan dan tersalah meja, sambil berdepan situasi lucu seperti kertas terbang di dulang.
  • Video tersebut meraih lebih 1 juta tontonan, hampir 800 komen dan 70,000 tanda suka di media sosial.

Pencipta kandungan terkenal dan usahawan, Khairul Aming mendapat perhatian netizen selepas membuat percubaan untuk menjadi seorang ‘waiter’ di restoran miliknya iaitu Rembayung.

Menerusi perkongsian pendek di media sosial rasmi milik restoran tersebut iaitu @rembayungmy, dapat dilihat video pendek yang dimuat naik itu merakamkan Khairul Aming sedang membawa dulang makanan untuk dihidangkan di meja beberapa pelanggan.

“Hari ni boss cakap dia nak jadi waiter pulak. Tapi pening nombor meja pun dia tak ingat,” maklum kapsyen tersebut dengan nada bergurau.

 

 Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila Khairul Aming cuba untuk kelihatan tenang walaupun sibuk menghantar makanan sehingga tersalah meja.

 

Selain itu, terdapat juga momen di mana Khairul Aming menghantar makanan namun makan tersebut sudah dihidangkan, tidak cukup dengan itu, ada juga kertas kecil yang diletakkan di atas dulang itu terbang ditiup angin ketika dirinya berjalan membawa dulang.

“Ya Allah terbang, tak apa ambil yang baru. Ya Allah, aku ni gagal betul lah jadi ‘waiter’, tak lulus, buat video masak aku reti, hantar makanan flop,” ujarnya spontan sambil ketawa.

Sehingga kini video tersebut menerima lebih dari 1 juta tonton dan hampir 800 komen serta 70,000 tanda suka.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement