Skip to main content

Selebriti

Gelaran ‘Datin’ Beri Kelebihan Untuk Atikah Suhaime Kongsi Rezeki Dengan Keluarga & Golongan Memerlukan - “Saya Belum Cukup Kaya…”

Gelaran Datin Atikah Suhaime

Pelakon, Datin Atikah Suhaime menjadi tumpuan netizen apabila berkongsi rutin hariannya sejak bergelar ‘Datin’.

Menurut Atikah, gelaran itu bukan untuk menunjuk kemewahan sebaliknya sebagai satu peluang untuk berkongsi rezeki serta memberi manfaat kepada orang-orang di sekelilingnya.

Advertisement

“Apa nak buat dengan gelaran ‘Datin’? Saya hanya ingin kongsi kemewahan kepada orang sekeliling. Walaupun dah Datin, saya belum cukup kaya raya untuk tolong semua,” tulisnya.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Atikah Suhaime 🇮🇩🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime)

 

Tambah Atikah lagi, sejak menerima gelaran itu, dia lebih suka untuk menggembirakan orang dengan membantu dan memberi rezeki tidak hanya kepada ahli keluarga dan staf, tetapi juga kepada komuniti dan pengikutnya di media sosial.

“Meanwhile me sejak jadi datin, belanja emas tebal-tebal, hampir tiap hari makan Omakase, belanja mummy mertua hair care mewah macam angry koala.

“Pergi mana-mana pakai driver, pastikan mama dan papa belanja bulanan lebih dari mencukupi, belanja staff Zaitun makanan setiap kali datang office.

“Belanja Amir and dayang dayang Mulan makan mewah. Derma kepada random people online, belanja followers free workout session dengan personal coach, beli mainan kucing sebanyak mungkin.

“Beli random baju untuk Mulan di TikTok, balik Singapore suka hati naik flight sebab rindu masakkan mama, belanja dayang dayang Mulan hair treatment di salon.

“Kasi dayang dayang Mulan enjoy sementara tika jaga Mulan, support all local brands, i hope one day to be super rich and spread kindness everywhere
I go,” tulisnya.

Terdahulu, Atikah membuat video tersebut sebagai respon kepada pertanyaan yang diberikan netizen berkenaan makna gelaran ‘Datin’ buat dirinya.

Must-Watch Video