Sekilas
- Kim Woo Bin dan Shin Min A mengikat tali perkahwinan selepas 10 tahun bersama, manakala Selena Gomez dan Benny Blanco juga berkahwin pada tahun 2025.
- Skandal Miss Universe 2025 tercetus apabila Presiden Miss Universe Asia dan Oceania didakwa menghina wakil Mexico, namun Fatima Bosch diumumkan sebagai juara.
- Fenomena pop budaya seperti demam Labubu dan perkataan 6-7 menjadi tular, manakala selebriti seperti Katy Perry berjaya menjejak angkasa lepas.
Tidak ada dalam sehari pun di tahun 2025, dilewati tanpa momen-momen penting sama ada secara peribadi atau bersifat umum di seluruh dunia. Sama ada dalam industri hiburan sehingga dunia politik, semua berlaku pergolakan dan sejarah.
Berikut antara peristiwa penting yang terjadi di seluruh dunia dan telah menarik minat lalu menjadi perbincangan masyarakat.
Kim Woo Bin, Shin Min A Kahwin
Perkahwinan pasangan dua sejoli, Kim Woo Bin dan Shin Min O adalah penutup paling manis dunia hiburan Korea Selatan. Masakan tidak, Woo Bin dan Min O mempunyai sejarah cinta yang panjang dan berliku.
Pertama kali bertemu saat sama-sama menjadi model iklan pada tahun 2015, mereka terus terpaut. Cinta mereka juga kekal utuh saat Woo Bin menderita kanser dan Min O menjadi penguat semangat.
Setelah melalui semua badai, pasangan itu mengikat cinta dengan perkahwinan setelah 10 tahun memahami hati budi masing-masing. Perkahwinan mereka pada Disember 2025 menjadi Wedding of The Year.

Skandal Miss Universe 2025
Pertandingan Miss Universe 2025 berdepan skandal paling besar apabila Presiden Miss Universe bagi Asia dan Oceania yang juga ahli perniagaan Thailand, Nawat Itsaragrisil didakwa menghina wakil Mexico, Fatima Bosch pada acara pembukaan majlis tersebut di Bangkok.
Bosch telah meninggalkan lokasi dan kerana insiden digelar ‘bodoh’ tersebut memanas, Itsaragrisil telah membuat permohonan maaf. Acara berjalan seperti biasa dan Fatima Bosch akhirnya diumumkan sebagai juara Miss Universe 2025. Meski ada dakwaan kemenangan Bosch diatur, namun kejuaraan wanita itu disokong sebagai perempuan yang berani menyuarakan ketidak adilan.
Coldplay ‘Kantoikan’ Pasangan Curang
Salah satu peristiwa global yang menjadi tular pada tahun ini adalah rakaman ‘kiss cam’ saat Coldplay yang memperlihatkan pasangan beraksi mesra sewaktu menikmati konsert mereka di Boston pada Julai lalu.
Pasangan itu ; CEO syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron dan Ketua HR syarikat, Kristin Cabo dirakam sedang berpelukan mesra. Namun sebaik sedar diri mereka dirakamkan, kedua-duanya terkejut dan menutup muka kerana ironi mereka sedang curang dengan pasangan masing-masing.
Insiden itu yang menjadi meme dan perdebatan menyaksikan mereka meletak jawatan dan perceraian.


Taylor Swift, Travis Kelce Tunang
Ogos 2025 menjadi bulan paling bersejarah dalam hidup Taylor Swift apabila mengikat tali pertunangan dengan pemain NFL, Travis Kelce.
Lebih manis, dunia mendapat tahu berita pertunangan pasangan pesohor tersebut menerusi perkongsian foto di Instagram dengan kapsyen lucu berbunyi: “Cikgu Bahasa Inggeris dan Cikgu Pendidikan Jasmani sudah mahu berkahwin”.
Pasangan tersebut dipercayai memulai cinta mereka sekitar September 2023 dan dijangka berkahwin pada tahun hadapan.

Barbie Hsu Meninggal Dunia
Salah seorang bintang legenda Taiwan, Barbie Hsu membawa khabar duka kepada peminat apabila meninggal dunia pada 3 Februari 2025.
Bintang Meteor Garden itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun kerana jangkitan radang paru-paru (pneumonia) akibat influenza, selepas pulang dari bercuti di Jepun.
Selena Gomez, Benny Blanco Kahwin
Penyanyi Selena Gomez juga menikmati tahun 2025 dengan penuh bahagia apabila berkahwin bersama penerbit muzik Benny Blanco pada 27 September lalu. Mereka melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup di Santa Barbara, California dengan dihadiri oleh rakan dan keluarga terdekat termasuk Taylor Swift.
Gomez mengumumkan berita gembira perkahwinannya dengan Blanco di Instagram dengan kapsyen ringkas "9.27.25".

Katy Perry Pergi Angkasa Lepas
Bintang pop antarabangsa, Katy Perry menjadi antara salah seorang daripada enam wanita bertuah yang menjejaki angkasa lepas pada Julai lalu.
Perry meneroka angkasa lepas dengan menaiki roket Blue Origin milik ahli perniagaan dan usahawan terkenal AS, Jeff Bezos. Turut serta bersamanya adalah tunang Bezos, Lauren Sanchez dan penyampai CBS, Gayle King serta tiga wanita lain, bekas saintis roket Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), Aisha Bowe; aktivis hak sivil yang juga saintis, Amanda Nguyen dan penerbit filem, Kerianne Flynn.
Bagaimanapun keaslian misi tersebut diragui oleh segelintir pihak. Hal ini lantara mengenai pintu kapsul yang kononnya boleh dibuka dari dalam dan keraguan terhadap daya tahan badan manusia terhadap daya graviti.

Arina Grande Diserang Peminat
Populariti seorang Ariana Grande membuat dirinya diserang seorang peminat lelaki warga Australia bernama Johnson Wen di karpet merah tayangan perdana filem Wicked: For Good di Singapura pada 13 November 2025.
Pemuda itu dirakam telah melompat penghadang keselamatan yang dipasang di lokasi kejadian di Universal Studio Singapura dan memeluk Grande.
Situasi bagaimanapun terkawal selepas dia ditahan pihak keselamatan. Wen yang dikenali memang suka menceroboh majlis selebriti dijatuhi hukuman penjara sembilan hari dan dilarang memasuki Singapura lagi.


Perkataan 6-7
Secara teknikal, perkataan 6-7 yang dibuat dengan gaya tangan seimbang merupakan lirik dalam sebuah lagu berjudul Doot Doot oleh Skrillex yang dihasilkan pada tahun 2024.
Namun 6-7 atau Six - Seven menjadi tular dan perkataan kekinian yang disebut berulang kali oleh generasi masa kini. Meski apabila disebut berulang-ulang ia menimbulkan rasa ‘kurang selesa’, namun 6-7 menurut Dictionary.com diiktiraf Word of the Year.
Demam Labubu
Labubu sana, Labubu sini - Labubu bersepah-sepah dan menjadi aksesori paling hangat sepanjang tahun 2025 ini. Ia menjadi fenomena global selepas banyak selebriti memiliki koleksi mereka termasuk Rihanna dan Lisa Blackpink.
Labubu adalah patung ‘tidak lawa’ namun mempunyai nilai yang cukup mahal terutama untuk edisi eksklusif sehingga mencecah RM45, 000. Bagaimanapun untuk figur yang kecil dalam siri blind box biasa, Labubu boleh dibeli dengan harga sekitar RM10.
