Skip to main content

Viral

Genap Sebulan Pemergian Anak, Amyza Aznan Setia Ziarah Pusara

Astro Gempak amyza andre (1)

Sekilas

  • Amyza Aznan menziarahi pusara anaknya, Andre Mikhail Khairil Izhar, yang meninggal dunia sebulan lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga.
  • Dia berkongsi momen membersihkan pusara dan memanjatkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
  • Keluarga Amyza turut diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang dan sedang menjalani rawatan alternatif.

Tarikh 23 Mac 2026 menjadi detik penuh emosi buat pelakon Amyza Aznan apabila genap sebulan pemergian anaknya, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar.

Walaupun kehilangan itu masih segar, Amyza terus setia menziarahi pusara anaknya selain tidak putus memanjatkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“23/02/2026 – 23/03/2026, genap sebulan duhai anak solehku. Andre Mikhail Khairil Izhar. Al-Fatihah.

“Allahumma firlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu (Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, berilah keselamatan kepadanya, dan ampunilah dosanya),” katanya dalam hantaran Threads.

Menerusi perkongsian video tersebut, Amyza dilihat meluangkan masa membersihkan pusara arwah selain menambah tanah dan batu sebagai tanda kasih sayang yang tidak pernah pudar.

Momen tersebut turut menggambarkan betapa mendalamnya kasih seorang ibu, lebih-lebih lagi apabila terpaksa melalui Aidilfitri tanpa kehadiran anak tersayang buat pertama kali.

Perkongsian itu turut mengundang sebak dalam kalangan warganet yang tidak henti-henti menitipkan doa serta berkongsi pengalaman kehilangan insan tersayang.

“Cantik kakak hias rumah baharu anak soleh kakak. Saya pun baru kehilangan ibu tersayang. Faham sangat sakit kehilangan orang yang kita sayang. Rindu tiada penghujung,” tulis netizen.

"Arwah sangat Beruntung masih mempunyai doa seorg Ibu dan begitu juga dengan Ibu yg melahirkn ...sgt beruntung anak menunggu di syurga ...buatlh apa jak dek Amyza jika itu mampu membuat hatimu lega dn puas walau sbnrnya rindu itu tak mgkin trubati.... Al-fatihah buat Andre dn kuatkn hati mu utk seorg anak lagi yg mengharap padamu utk terus berjuang...take care," tulis pengguna lain.

"Kesedihan yg Allah bagi nie Insyaallah Allah akan gantikan dgn kebahagiaaan yg xternilai disana. Saya doakan semoga kak amyza diberikan kekuatan & ketabahan hati melalui segala ujian Allah. Allah sayang kak amyza, sbb tu dia uji," tambah warganet lain.

Untuk rekod, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 23 Februari lalu.

Dalam masa sama, Amyza dan keluarga turut diuji apabila anak keduanya, Andrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu dan kini sedang menjalani rawatan alternatif.

Ujian berganda yang dihadapi keluarga ini mengundang simpati ramai, selain mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement