Skip to main content

Hiburan

Genap Setahun Pemergian Arwah Isteri, Ali XPDC Sambut Ramadan Dalam Sunyi

Ali XPDC

Sekilas

  • Ali XPDC berkongsi pengalaman menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini dalam suasana sayu selepas setahun pemergian isteri tercinta akibat kanser payudara.
  • Walaupun pernah sakit dan dimasukkan ke hospital, Ali berjaya berpuasa penuh tahun ini dan kehidupannya kini diserikan dengan kehadiran cucu sulungnya, Mariana.
  • Ali masih menjalani rawatan kesihatan berkala dan perlu mengamalkan pemakanan berpantang seperti yang disarankan doktor.

Penyanyi rock tanah lagenda, Ali XPDC mengakui Ramadan dan Aidilfitri tahun ini disambut dalam keadaan yang menyentuh hati selepas genap setahun pemergian isteri tercinta, Allahyarham Shairfah Azuwanna Syed Joneh yang meninggal dunia akibat kanser payudara.

Menurut Ali nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, kenangan ketika dia dan arwah isterinya sama-sama dimasukkan ke hospital masih segar dalam ingatan.

Menurutnya, setiap kali mengenangkan detik tersebut, hatinya akan berasa sayu namun, reda dengan apa yang berlaku.

“Memang syahdu apabila mengenangkan detik itu. Namun hidup mesti diteruskan, itulah ujian Allah. Cuma keadaan kali ini agak berbeza kerana saya berjaya berpuasa sehingga kini.

"Tahun lalu saya tidak boleh berpuasa disebabkan sakit. Tahun ini alhamdulillah keadaan okey sedikit walaupun selepas balik daripada umrah pada 28 Januari lalu, saya dimasukkan ke Hospital Serdang akibat jangkitan virus.

"Alhamdulillah, saya boleh puasa dengan sempurna dan dapat beribadat dengan sempurna,” katanya kepada Gempak.

Ali berkongsi perkata tersebut ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih bersama Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah) anjuran ratu rock negara, Ella.

Walau bagaimanapun, Ali memaklumkan kehidupannya ketika ini diserikan lagi dengan kehadiran cucu sulungnya yang bernama Mariana.

"Mariana hanya sempat berjumpa arwah neneknya sekali sahaja iaitu ketika anak saya balik dari hospital selepas bersalin. Waktu itu isteri saya mahu bergerak ke hospital untuk rawatan.

"Boleh dikatakan raya kali ini lebih bermakna dengan adanya beliau. Raya tahun ini saya memang tidak ke mana-mana dan sambut di Bangi," ujarnya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, pelantun lagu ‘Bunga Angkasa’ memaklumkan bahawa dia masih perlu menjalani rawatan serta pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti yang disarankan doktor.

“Doktor akan periksa semula jantung, paru-paru dan sebagainya. Mei nanti saya akan berjumpa doktor untuk pemeriksaan seterusnya. Sekarang pun saya makan lapan biji ubat sehari.

"Saya juga perlu berpantang makan kacang dan makanan yang berangin," kongsinya lagi.

Sekadar info, isteri kepada Ali iaitu Allahyarham Sharifah Azuwanna menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya pada 6 April tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement