Tayangan episod pertama drama Astro Originals, Generasi: Perfect 10 minggu lalu masih lagi menjadi bualan penonton.
Hal ini kerana jalan cerita drama itu sendiri berjaya memukau penonton untuk sama memasuki dunia sukan gimnastik.
Untuk episod pertama, penonton dapat menyaksikan karater Ezie atau Ezrina Riyad yang dibawakan oleh Arena ternyata bersesuaian dengan wataknya
Advertisement
Malah untuk episod perkenalan Generasi: Perfect 10 ini sahaja penonton sudah dapat merasai pelbagai emosi yang ditunjukkan oleh pelakon utamnya.
Ini antara perkara yang dapat kita lihat dalam episod pertama, Generasi: Perfect 10:
#Kasih sayang bapa terhadap Ezie
“Dalam ramai ramai orang, abah sahaja yang faham minat saya. Dengan betapa sibuknya dia kerja, gimnastik inilah satu satunya benda yang saya dapat kongsi dengan dia,” ungkapan Ezie ini sahaja sudah cukup untuk menunjukkan betapa rapatnya hubungan seorang anak dengan ayahnya.
Lain pula karakter dengan ibunya yang tidak memberi bersetuju untuk anaknya meneruskan sukan berkenaan kerana status kewangan tak mampu.
Namun bapanya sanggup bekerja lebih masa, demi melunaskan impian Ezie atau Ezrina Riyad.
#Ketegasan mama
Selepas kematian bapa, Ezie tetap berusaha dengan sungguh sungguh sehingga berjaya mendapat pingat gangsa dipertandingan MSSM Gimnastik Artistik 2024.
Namun kemenangannya itu tidak diendahkan oleh mamanya.
#Kelab gimnastik dibubarkan
Hati ezie luluh apabila jurulatihnya memaklumkan bahawa kelab gimnastik sekolahnya bakal dibubarkan dan ditakluk oleh kelab bola sepak.
Namun atas nasihat jurulatihnya, Ezie cuba memasuki Akademi Sukan Permai kerana memiliki peralatan yang mencukupi dan jurulatih hebat iaitu Coach Suhaila yang merupakan pengajar atlet dikaguminya iaitu Natasha Zahra.
Bukan biasa biasa, akademi itu tidak memandang jika sekadar memenangi MSSM kerana berada pada tahap profesional.
Apakah yang akan berlaku di episod seterusnya?
Saksikan Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.