Skip to main content

Viral

'Give Me Your Forever' Jadi Lagu Istimewa Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq, Penyanyi Filipina Zack Tabudlo Ucap Tahniah

Astro Gempak BASS zack

Sekilas

  • Lagu Zack Tabudlo, Give Me Your Forever, menjadi latar video pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq, menarik perhatian peminat tempatan.
  • Zack Tabudlo terkenal dengan kejayaan besar dalam industri OPM, termasuk lagu Pano yang mencipta rekod di carta Spotify Filipina dan antarabangsa.
  • Hubungan muzik Zack dan Bella sudah lama terjalin, dan lagu ini kini menjadi simbol penting dalam kisah cinta pasangan tersebut.

Nama penyanyi Filipina, Zack Tabudlo kembali menjadi perhatian peminat tempatan apabila lagunya, Give Me Your Forever, dikaitkan dengan momen istimewa pertunangan Bella Astillah bersama Syed Saddiq.

Lagu tersebut menjadi latar utama dalam video pertunangan pasangan berkenaan, sekali gus mencetuskan perhatian ramai dan menghidupkan lagi suasana romantik momen tersebut.

Zack sendiri turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada pasangan itu menerusi media sosial, yang kemudian mendapat reaksi positif daripada peminat di Malaysia dan Filipina.

Untuk rekod, Zack Tabudlo merupakan antara nama besar dalam industri Original Pilipino Music (OPM). Dia mula mencuri perhatian di peringkat global menerusi lagu Binibini yang mendominasi carta Spotify selama enam minggu berturut-turut, selain menduduki carta Global Viral selama empat minggu.

Kejayaan itu turut melayakkannya menerima paparan papan iklan di Times Square serta diiktiraf sebagai lagu paling distrim di Spotify Filipina pada tahun 2021.

Pada penghujung tahun sama, Zack melancarkan album sulungnya Episode, yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Habang Buhay dan Give Me Your Forever, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri muzik.

Momentum tersebut diteruskan pada 2022 apabila lagu Pano mencipta rekod tersendiri sebagai lagu paling lama berada di tangga pertama carta Top 50 Filipina selama 455 hari. Lagu itu turut menembusi carta Spotify Top 200 di beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, UAE dan Vietnam.

Menariknya, hubungan tidak langsung antara Zack dan Bella sebenarnya sudah terjalin sejak beberapa tahun lalu apabila Bella pernah membuat cover lagu Pano, yang mendapat perhatian peminat.

Kini, Give Me Your Forever pula muncul sebagai lagu yang cukup signifikan dalam kisah cinta Bella dan Syed Saddiq, apabila ia menjadi pilihan utama dalam video pertunangan mereka.

Fenomena ini turut mendorong lebih ramai pendengar menemui lagu tersebut, termasuk melalui perkongsian video oleh Syed Saddiq serta parodi yang dihasilkan oleh ERA Sarawak.

Tidak mustahil, lagu ini akan terus dikaitkan sebagai simbol istimewa dalam perjalanan hubungan pasangan tersebut, sekali gus mengukuhkan lagi pengaruh Zack Tabudlo di kalangan peminat serantau.

Orang ramai boleh mendengar Give Me Your Forever di semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement