Skip to main content

Selebriti

#GMWA2025: Nigel Sparks Terkejut, Tak Sangka Menang - “Saya Selalu Cakap Menang Kalah Tak Penting…”

AstroGempak nigel sparks terkejut menang GMWA2025

Sekilas

  • Nigel Sparks dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 pada malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025.
  • Dia menegaskan bahawa niat dan keikhlasan lebih penting daripada pengiktirafan, sambil mengucapkan terima kasih kepada Tuhan, peminat, keluarga, dan teamnya.
  • Nigel berjaya mengalahkan sembilan calon lain dalam kategori yang menilai pencipta kandungan kecantikan dan fesyen dengan sekurang-kurangnya 100,000 pengikut di platform digital.

Pencipta kandungan Nigel Sparks akui terkejut apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2025 di malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025.

Menurut Nigel, kemenangan itu menjadi satu pencapaian bermakna buat Nigel namun dia menegaskan bahawa niat dan keikhlasan dalam apa jua perkara yang dilakukan adalah lebih utama berbanding pengiktirafan.

“Tak sangka, saya selalu cakap menang kalah tak penting, niat kita dah tentu, dah ikhlas, semua anugerah atau duit adalah hasilnya.

“Sudah tentu saya sangat bersyukur atas peluang ini dan saya ingin berterima kasih kepada Tuhan, peminat, keluarga dan juga team saya,” ujarnya.

Nigel berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Gempak Most Wanted Awards 2025 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Nigel turut menjawab mengenai momen menyentuh hati melibatkan pengacara tersohor iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim yang pernah bertanyakan kepadanya tentang individu yang menjadi ‘payung’ atau penyokong kuat di belakang kejayaannya.

“Sebelum ini Che Puan Sarimah tanya siapa payung saya sebab saya selalu payung orang, namun pada ketika itu saya tidak mempunyai jawapan dan saya rasa bersalah.

“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk ‘redeem myself’ dan ucapkan terima kasih kepada Che Puan Sarimah dan yang paling penting saya rasa adalah bersyukur dengan apa sahaja,” katanya.

Nigel Sparks berjaya mengalahkan sembilan calon lain iaitu Afina Balqis, Amirul Danial, Ashrffanuar, Ashyy Edward, Athina Kamarudin, Danny Hazziq, Eima Safuan, Elina Aisyah,  dan Raidah Nurr.

Kategori ini berdasarkan personaliti dan individu berbakat yang mencipta kandungan berkaitan kecantikan dan fesyen sama ada makeup, review, Inspo, dan Live Creator.

Selain itu mereka memiliki sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must-Watch Video

Advertisement