Skip to main content

Hiburan

'Golden' Hit Gara-Gara Hantu? Penyanyi Kongsi Detik Seram Ketika Di Studio - “Ibu Saya Kata Ada Mitos…”

Ejae KDH

Penyanyi asal Korea Selatan, Ejae berkongsi pengalaman menyeramkan yang berlaku ketika dia sedang merakamkan salah satu runut bunyi bagi animasi K-Pop Demon Hunters yang berjudul Golden

Menurut Ejae, kejadian aneh itu terjadi ketika dia berada di dalam studio rakaman di Korea Selatan.

“Saya jumpa hantu semasa merakamkan lagu Golden. Apa yang terjadi adalah saya cuba membetulkan tombol volume kerana ia tidak berfungsi.

“Jadi saya dengar Assistant Engineer, Sully datang sebab kebiasaannya memang itu yang mereka akan lakukan jika ada masalah di studio. Saya dengar dia berjalan, pintu dibuka tapi tiba-tiba tombol volume itu berfungsi, jadi saya terus beritahu Sully namun rupanya tiada siapa-siapa yang datang,” katanya.

Advertisement

Lebih menyeramkan, Ejae mendakwa sempat melihat kelibat lelaki misteri di dalam studio itu.

“Namun dalam masa yang singkat, 3 saat macam tu saya nampak seorang lelaki tinggi tengan memakai flannel dan benda itu cuba menghampiri saya. Dan sekali lagi tak sampai beberapa saat saya dengar pengarah muzik masuk dan kata jom sambung kerja. Jadi saya tiada masa untuk hadam apa yang sedang berlaku,” katanya. 

“Esok saya datang ke studio itu lagi dan tanya berapa umur bangunan itu, terus mereka tanya adakah saya nampak hantu. Dan semestinya saya mengaku jadi mereka siap tanya hantu lelaki atau wanita. Bila saya cakap lelaki mereka kata itu hantu yang ada di tingkat tiga, dan tingkat empat adalah hantu wanita. 

Ejae berkata demikian sewaktu muncul di program bual bicara bersama Jimmy Fallon. 

Dalam pada itu,Ejae juga memberitahu ibunya pernah berkongsi tentang satu mitos popular di Korea Selatan yang mengaitkan kejadian paranormal dengan tuah dalam bidang muzik.

“Ibu saya ingatkan saya, ada mitos di Korea dimana jika ada jumpa hantu atau perkara paranormal sewaktu merakamkan lagu di studio, lagu tersebut akan hits,” tambahnya. 

Must-Watch Video

Advertisement