Skip to main content

Selebriti

Good Boys Go To Heaven Cetus Impak Besar, Beto Kusyairy Dedah Ramai Mangsa Kongsi Kisah - “Ada Yang Sudah Berani Bersuara…”

Beto

Pelakon, Beto Kusyairy mendedahkan siri lakonannya, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) bukan sahaja mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan penonton, malah turut mendorong ramai individu tampil berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa jenayah seksual suatu ketika dahulu.

Menurut Beto, perkembangan tersebut disifatkan sebagai satu impak positif buat GBGTH kerana membuka ruang kepada masyarakat untuk berbicara secara lebih terbuka mengenai isu yang selama ini dianggap sensitif diperdebatkan secara umum.

"Sebab drama ini, ramai mahu menjadi detektif untuk merungkai konflik namun di sisi lain pula, ada yang mula bercakap dan membincangkan jalan cerita GBGTH dalam media sosial ibarat memberi satu kepuasan kepada saya.

"Akhir-akhir ini juga, saya ada membaca beberapa komen dan menerima mesej peribadi daripada individu yang berani untuk berkongsi pengalaman mereka.

"Ada yang mengakui bahawa suatu ketika dahulu mereka pernah melalui situasi yang hampir sama seperti yang dipaparkan dalam siri ini (jenayah seksual) melibatkan individu yang dipercayai, ini perkembangan positif sebab mereka sudah berani bersuara," katanya.

Beto berkata demikian ketika ditemui selepas majlis tayangan episod ketujuh GBGTH bertempat di TGV One Utama pada Khamis.

Dalam pada itu, Beto turut berharap agar isu berkaitan jenayah seksual seperti yang diangkat dalam drama tersebut dapat dibincangkan secara lebih terbuka, tanpa lagi dianggap sebagai sesuatu yang mencalarkan imej keluarga.

“Saya berharap isu seperti ini tidak lagi dianggap sebagai satu tabu, khususnya dalam kalangan segelintir ibu bapa yang mungkin masih berasa malu untuk membicarakannya.

“Mungkin suatu ketika dahulu, soal maruah dan nama baik keluarga menjadi penghalang, namun saya percaya keadaan kini sudah banyak berubah.

“Tujuan kami bukanlah untuk mendidik, tetapi untuk menimbulkan kesedaran. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan di luar jangkaan,” jelasnya.

Terdahulu, sejak ditayangkan, GBGTH yang mengangkat kes pembunuhan berkaitan jenayah seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki menjadi topik bualan hangat netizen dalam media sosial.

Rata-rata penonton mula menjadi detektif mencari pembunuh sebenar dalam kalangan pelakon yang membintangi drama tersebut.

Selain Beto, GBGTH turut dibarisi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Malek McCrone, Mila Mohsin dan Dai Fuad.

Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Must Watch Video

Advertisement