Skip to main content
Advertisement

Hiburan

GV Fantasia: 10 Tahun Menyepi, Faizal Sedia Kembali 'Gegarkan' Industri Seni - "Satu Rahmat Buat..."

GV Fantasia: 10 Tahun Menyepi, Faizal Sedia Kembali 'Gegarkan' Industri Seni - "Satu Rahmat Buat..."

Sekilas

  • Faizal, peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF), kembali aktif dalam industri hiburan selepas hampir 10 tahun menyepi dan menetap di Terengganu.
  • Selain menyanyi, Faizal kini aktif berniaga produk kesihatan dan pernah terlibat dalam pelbagai pekerjaan termasuk sebagai anggota Askar Wataniah.
  • GV13 menampilkan sembilan penyanyi bertanding dengan pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, serta juri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Selepas hampir sedekad menyepi dalam industri hiburan, bintang Gegar Vaganza Fantasia (GVF), Faizal mengakui dia sudah bersedia untuk kembali.

Jelas Faizal, meskipun menghilang namun dia tidak pernah berhenti menyanyi dan banyak membuat persembahan di Terengganu.

Advertisement

“Sebelum ini, saya banyak menetap di Terengganu. Namun sekarang, saya sudah menetap di Kuala Lumpur. Saya baru sahaja berpindah. Jika ada yang bertanya ke mana saya menghilang, hampir 10 tahun saya di Terengganu.

“Sebab itulah saya jarang mendapat perhatian daripada pihak media. Bagaimanapun, saya tidak berhenti menyanyi. Saya banyak buat persembahan di Terengganu,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Faizal mengakui dia turut melakukan pelbagai pekerjaan lain bagi meneruskan kehidupan, sekali gus menyebabkan dirinya kurang memberikan perhatian terhadap media sosial.

Advertisement

Jelasnya, berbeza dengan dahulu apabila dia hanya bergantung pada jemputan persembahan, kini dia turut menceburi bidang perniagaan selain pernah terlibat sebagai anggota Askar Wataniah.

“Saya juga ada melakukan beberapa pekerjaan lain. Dahulu, saya hanya menantikan jemputan persembahan sahaja. Kini, saya bukan hanya menyanyi. Saya juga menjual penapis air dan pernah terlibat sebagai Askar Wataniah.

“Jadi, tak pelik sekiranya orang bertanya ke mana saya menghilang. Bila buat bermacam-macam kerja, saya jadi kurang fokus di media sosial,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya ke Kuala Lumpur, Faizal menjelaskan keputusan itu bukanlah dibuat semata-mata kerana penyertaannya dalam GV Fantasia.

Sebaliknya, dia kini sedang memberikan tumpuan terhadap usaha membangunkan perniagaan sendiri menerusi pengeluaran beberapa produk kesihatan.

“Saya sebenarnya berpindah ke Kuala Lumpur bukan kerana GV Fantasia. Ketika ini, saya sedang mengusahakan produk sendiri. Ada bermacam-macam produk kesihatan yang saya keluarkan.

“Kini, saya aktif berniaga secara langsung di media sosial. Saya juga sudah mula mendapat beberapa jemputan persembahan sejak berpindah ke sini. Menyertai GV Fantasia adalah bonus sebenarnya. Allah bukakan saya jalan rezeki. Saya dilamar sejak tiga bulan yang lepas. Ini peluang besar buat saya untuk kemunculan semula.

“Ia juga satu langkah yang mudah untuk saya kembali perkenalkan diri. Ketika ini, mungkin ramai yang tak kenal saya. Bila sudah mula program nanti, orang mungkin akan lebih kenal. GV Fantasia ini satu rahmat buat saya,” katanya lagi. 

Sekadar info, GV13 bakal menyaksikan persaingan sembilan penyanyi iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman dalam usaha merebut gelaran juara di pentas berprestij itu.

Menambahkan lagi kemeriahan musim ini, GV13 bakal dikendalikan oleh trio pengacara kegemaran ramai, Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri masih mengekalkan tiga nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Berlangsung selama 11 minggu, GV13 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

Program itu juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement