Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Nama Adira Suhaimi Mula Disebut-Sebut, Ini Respon Tuan Badan - "Kalau Ada Rezeki, Why Not?"

GV Fantasia: Nama Adira Suhaimi Mula Disebut-Sebut, Ini Respon Tuan Badan - "Kalau Ada Rezeki, Why Not?"

Sekilas

  • Adira Suhaimi mengakui namanya disebut-sebut sebagai calon peserta Gegar Vaganza Fantasia (GVF) oleh netizen.
  • Dia berterima kasih kepada peminat yang masih mengingatinya sebagai bekas peserta Akademi Fantasia dan mencadangkan namanya untuk kembali beraksi.
  • Adira kini fokus kepada anak-anak dan belum membuat pengesahan, tetapi tidak menolak peluang menyertai GVF jika ada rezeki dan masa sesuai.
Advertisement

Penyanyi, Adira Suhaimi menyedari namanya mula disebut-sebut netizen sebagai antara calon yang bakal menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Menurut Adira, dia berterima kasih kepada peminat yang masih mengingatinya sebagai bekas peserta Akademi Fantasia, sekali gus mencadangkan namanya untuk kembali beraksi dalam program realiti.

Advertisement

“Saya ada dengar nama disebut-sebut. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mengingati saya sebagai peserta Akademi Fantasia. Buat masa sekarang, tidak ada pengesahan yang boleh saya buat.

“Lagipun, saya baru habis program TTMM, jadi mahu fokus dahulu kepada anak-anak,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Adira tidak menolak kemungkinan untuk menyertai GVF sekiranya diberikan rezeki dan mempunyai kelapangan masa yang bersesuaian.

Advertisement

“Insya-Allah, kalau ada rezeki dan masa mengizinkan, insya-Allah why not, kan?” ujarnya.

Terdahulu, nama Adira menjadi pilihan netizen untuk menyertai Gegar Vaganza musim ke-13 atau Gegar Vaganza Fantasia sekali gus melengkapi barisan peserta untuk musim terbaharu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement