Skip to main content

Hiburan

Hadir Bersama Di Malam Gala ‘Malaikat Malam’, Que Haidar Jelaskan Hanya Bersahabat Dengan Fazura - “Belum Ke Fasa Seterusnya”

Que Haidar

Sekilas

  • Que Haidar menegaskan hubungannya dengan Nur Fazura hanyalah sebagai sahabat rapat yang saling menyokong kerjaya masing-masing.
  • Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak lebih sedekad lalu dan sering keluar bersama kawan-kawan dalam kumpulan yang sama.
  • Que kini fokus pada kerjaya dan perniagaannya, dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin jika bertemu jodoh kelak.

Meskipun dilihat hadir bersama ketika tayangan perdana filem Malaikat Malam namun perkara itu tidak mengiyakan bahawa pelakon, Que Haidar dan aktres, Nur Fazura kini menjalinkan hubungan istimewa.

Menurut Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, hubungannya bersama Fazura adalah tidak lebih daripada seorang sahabat.

“Setakat ini kami masih lagi bersahabat yang sokong kerja masing-masing, yang ada fasa masing-masing dalam hidup.

“Kami belum lagi ke fasa seterusnya. Kita masih bersahabat yang rapat. Kadang-kadang saya masuk ‘live’ dia sokong dia punya kerja, dia datang sokong saya. Nak kongsi apa-apa, kongsikan, macam itu.

“Seperti majlis malam ini, saya cakap dengan dia, nak ikut tak pergi malam gala filem saya, dia kata boleh,” katanya kepada Gempak.

Que berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai tayangan media filem Malaikat Malam di GSC, Mid Valley pada Rabu.

Tambah Que, dia dan Fazura mungkin kelihatan mesra kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak lebih sedekad yang lalu.

“Kita memang kenal, kawan dulu dari awal saya masuk industri. Kita lebih kurang saja masuk industri sama-sama. Jadi kenal begitu sahaja. Pernah keluar ramai-ramai dengan kawan, dengan Sharifah Amani, geng satu ‘batch’.

“Tapi kenal begitu saja. Kemudian bila kita buat kerja sama-sama menerusi Jakel, kita jadi rapat sebab selesa. Sebab kita pernah keluar pun dulu masa zaman muda remaja. Saya selesa dengan dia dan saya boleh gelar dia sahabat saya dan kita sokong kerja masing-masing,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai status dirinya selepas bergelar duda, pelakon filem KL Menjerit 1 ini memaklumkan bahawa dia lebih memilih untuk bercinta selepas berkahwin jika bertemu jodoh satu hari nanti.

“Bercinta ini lepas berkahwin. Kalau ada jodoh, kahwin, bercintalah. Jadi sekarang memang kita bersahabat.

“Sekarang ni memang saya sibuk dengan kerja-kerja saya. Saya sibuk dengan perniagaan saya, saya sibuk dengan kerja saya dan saya nak fokus dengan kerja saya dan fokus saya memang kerja sayalah setakat ini,” kongsinya.

Terdahulu, Que yang hadir mempromosikan filem lakonan terbaharunya berjudul Malaikat Malam dilihat turut ditemani Fazura yang hadir bagi memberikan sokongan kepada aktor itu.

Sekadar info, filem Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Selain Que, filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Orang ramai kini sudah boleh mendapatkan tiket tayangan filem berkenaan di semua pawagam berhampiran sekarang.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Must-Watch Video

Advertisement