Skip to main content

Selebriti

Hafiz Hamidun Tak Mahu Dipanggil Ustaz, Pendakwah - "Sebab Saya Tahu Benda Ini…"

Hafiz Hamidun Tak Mahu Dipanggil Ustaz, Pendakwah - "Sebab Saya Tahu Benda Ini…"

Sekilas

  • Hafiz Hamidun menolak gelaran ustaz atau pendakwah kerana tanggungjawab besar yang datang bersama gelaran tersebut.
  • Hafiz mengakui cabaran dalam bidang muzik Islamik dan berusaha memastikan karya muziknya memberi kesan positif tanpa menimbulkan kontroversi.
  • Hafiz mengekalkan sikap terbuka dalam berkawan dan bekerjasama dengan semua orang demi mencapai matlamat bersama dalam industri muzik.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun enggan dirinya digelar sebagai ustaz mahupun pendakwah.

Jelasnya, gelaran tersebut hadir dengan tanggungjawab yang besar dan banyak yang perlu di jaga.

Advertisement

“Saya sebenarnya tak nak orang panggil saya dengan gelaran-gelaran yang berat. Contohnya ustaz, saya bukan ustaz. Saya bukan pendakwah, dai atau Imam Muda.

“Sebab saya tahu benda ini datang dengan bebanan yang sangat berat. Kita sedia maklum banyak kes yang tiba-tiba melibatkan personaliti-personaliti Islamik.

“Kalau boleh, kita nak jaga. Saya kena pastikan apa yang saya buat ini tidak menyebabkan agama kita dipandang tak elok. Kita tak nak orang kata kita menunggang agama,” katanya kepada Gempak.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran album Salawat The Beloved.

Hafiz juga mengakui perjalanan dalam bidang muzik Islamik bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat banyak batas dan perkara yang perlu diberi perhatian.

“Memang benda ini tak senang, tapi saya tak kata susah juga sebab saya dah buat benda ini lama. Jadi saya faham macam mana dan apa yang orang nak.

“Saya kawan dengan semua orang. Saya tak pernah kata kalau kau macam ini, aku tak nak kawan. Kalau boleh, semua orang saya kawan sebab kita nak bekerjasama dan kita faham matlamat kita.

“Saya bekerja dalam bidang muzik, tetapi saya cuba pastikan kalau tak dapat banyak pun, sedikit pun ada orang yang mendapat kesan daripada apa yang saya buat. Itu yang saya mahukan,” ujarnya.

Pada masa sama, Hafiz turut mengambil pendekatan untuk mengelakkan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi, termasuk tidak mahu terlalu terikat dengan stereotaip penyanyi muzik Islamik.

Namun, pengalaman lebih dua dekad dalam industri membuatkan dia lebih memahami perkara yang perlu dijaga, selain memilih untuk kekal realistik dalam berkawan dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

“Memang benda ini tak senang, tapi saya tak kata susah juga sebab saya dah buat benda ini lama. Jadi saya faham macam mana dan apa yang orang nak.

“Saya kawan dengan semua orang. Saya tak pernah kata kalau kau macam ini, aku tak nak kawan. Kalau boleh, semua orang saya kawan sebab kita nak bekerjasama dan kita faham matlamat kita.

“Saya bekerja dalam bidang muzik, tetapi saya cuba pastikan kalau tak dapat banyak pun, sedikit pun ada orang yang mendapat kesan daripada apa yang saya buat. Itu yang saya mahukan,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement