Skip to main content

Hiburan

Hafreez Adam ‘Spill The Tea’ Pasal Sikap Sebenar Pelakon Wanita, Netizen Mula Petik Nama Fazura

Hafreez Fazura

Pelakon, Hafreez Adam menyorot perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang aktres wanita semasa awal kemunculannya dalam industri seni.

Menerusi satu hantaran di Threads, Hafreez akui kagum dengan sikap rendah hati aktres tersebut ketika sama-sama berada di set penggambaran.


“Okay, now, ni cerita yang aku tak akan lupa how humble and nice she is… Dia ambil satu box pizza (ada banyak. Tapi dia pegang satu sahajalah) tu. Dan pergi ke orang orang dalam bilik tu (ada makeup artis/wordrobe team juga dalam tu). Pass pass. Invite orang makan. Aku tengah baring kan. Tengok tu, then aku pejam mata, nak rest lah kan. Aku pula tak sihat kan.

“Please bear in mind. Aku ni nobody, tak sihat pula tu. Asyik bersin bersin. Tak patut ada dekat situ pun. Tapi tak sampai few seconds aku tutup mata tu, tiba tiba dengar suara “hey, sorry kacau, jemput makan” sambil hulur pizza dalam box tu. “Ambil lah”, dia senyum. Aku pula nervous buka buka mata tengok heroin tu depan aku offer pizza. I said “eh, it’s okay. Thanks ye”. Bukan tak nak, Tapi nervous. Dia offer lagi, ambil lah, at least a slice,” tulisnya.

Malah lebih mengejutkan Hafreez meskipun tidak mempunyai babak bersama pelakon tersebut, aktress itu masih lagi mengingatinya.

“Few months after, terserempak dengan dia dekat majlis anugerah. Ada rakan industry masa tu, and he thought I’ve never met her, so he introduced me to her, this actress terus cakap “eh, I know him”.

“And terus cakap dengan aku “I remember you lah. Dekat set “&€#%*” kan.”. Aku macam, whoa, dia ingat. Seorang nama besar, ingat seorang nobody macam aku ni.
 

Advertisement

“Serious cakap, dia punya baik, bukan buat buat. Very thoughtful and kind. Kitaorang hanya berjumpa bila event. Berapa kali sahaja pun. But every time jumpa, dia akan say nice things only. Selalu buat orang rasa good. Vibe dia,” tambahnya.

Perkongsian penuh Hafreez di laman Threads: 







Meskipun tidak menyebut nama pelakon wanita tersebut, warganet di ruangan komen mula membuat spekulasi dengan memetik nama aktres cantik Nur Fazura sebagai individu yang dimaksudkan Hafreez.

Must-Watch Video

Advertisement