Skip to main content

Hiburan

Hamil Anak Sulung, Neera Azizi ‘Craving’ Wagyu – “Alhamdulillah Dapat Dekat…”

fs

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi mengumumkan sedang hamil anak sulung dan usia kandungannya kini mencecah 13 minggu.

Menariknya, selain mengalami alahan teruk pada awal kehamilan, Neera mendedahkan dirinya turut ‘mengidam’ daging wagyu.

Advertisement

“Alahan pelik-pelik tiada sangat, cuma saya tiba-tiba craving wagyu. Alhamdulillah dapat juga masa dekat Cameron Highland hari tu.” katanya kepada Gempak. 

Dalam masa sama, Neera turut berkongsi pengalaman awal kehamilan yang agak mencabar apabila tubuhnya mengalami perubahan drastik hingga tidak mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa.

“Masa awal-awal hamil memang teruk sangat alahan sampai tak boleh bangun dari katil, tak boleh masak, bau makanan pun rasa nak muntah. 

“Tapi Alhamdulillah sekarang dah masuk 13 minggu, keadaan makin baik.” ujarnya.

Sebagai bakal ibu, Neera mengakui perasaan ‘tidak bersedia’ tetap hadir, namun naluri itu perlahan-lahan bertukar menjadi keterujaan apabila melihat perkembangan janin dalam kandungan.

“Semua wanita bila mengandung anak pertama memang rasa belum bersedia. Tapi bila kandungan makin membesar, secara automatik perasaan tu datang sendiri.” katanya.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya, Selangor.

Must-Watch Video

Advertisement