Skip to main content

Hiburan

Hampir 800,000 Penonton, Munafik: Melawan Iblis Terus Catat Sambutan Hangat Di Indonesia

Hampir 800,000 Penonton, Munafik: Melawan Iblis Terus Catat Sambutan Hangat Di Indonesia

Sekilas

  • Filem Munafik: Melawan Iblis berjaya menarik lebih 770,307 penonton di Indonesia selepas 21 hari tayangan, dengan beberapa pawagam mencatat status sold out pada hari pertama.
  • Filem ini mengisahkan Ustaz Adam yang berdepan trauma dan kehilangan selepas kematian isterinya, sambil mengekalkan elemen seram dan tema keikhlasan.
  • Munafik: Melawan Iblis akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Oktober 2026 dengan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran.
Advertisement

Filem Munafik: Melawan Iblis terus mencatatkan sambutan memberangsangkan di Indonesia apabila berjaya mengumpul lebih 770,307 penonton selepas 21 hari ditayangkan di pawagam.

Angka berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding pencapaian pada hari pertama tayangan apabila filem arahan Guntur Soeharjanto itu terlebih dahulu menarik lebih 50,000 penonton ke pawagam.

Advertisement

Malah, beberapa lokasi pawagam turut merekodkan status sold out pada hari pertama, sekali gus memperlihatkan sambutan awal yang menggalakkan terhadap adaptasi baharu francais Munafik tersebut.

Munafik: Melawan Iblis menampilkan Arya Saloka sebagai Ustaz Adam, manakala barisan pelakon lain termasuk Acha Septriasa, Dimas Aditya, Nova Eliza, Widi Dwinanda dan Oce Permatasari.

Filem ini mengisahkan perjalanan Ustaz Adam selepas kehilangan isterinya, Aini, dalam sebuah kemalangan. Tragedi tersebut membuatkan Adam meninggalkan dunia rukiah sebelum satu permintaan untuk membantu Fitri membawanya kembali berdepan dengan perkara yang selama ini cuba ditinggalkannya.

Menariknya, filem ini bukan sekadar mengangkat elemen seram dan jump scare, sebaliknya turut menyentuh persoalan mengenai trauma, kehilangan, kedukaan dan keikhlasan.

Pengarah Guntur Soeharjanto sebelum ini turut menjelaskan bahawa beliau mahu memberikan pengalaman berbeza kepada penonton dengan mengekalkan ‘roh’ watak Ustaz Adam, namun pada masa sama membawa perjalanan cerita, karakter, sinematografi dan elemen visual yang lebih dekat dengan latar Indonesia.

Sementara itu, Acha Septriasa turut menyifatkan kejayaan francais Munafik sebagai sesuatu yang wajar dibanggakan oleh penonton Malaysia selepas karya tersebut menjadi inspirasi kepada pembikin filem di Indonesia.

Bagi Acha, penerimaan terhadap Munafik membuktikan karya seram dari Malaysia mampu merentasi sempadan dan memberikan inspirasi kepada industri filem negara jiran.

Munafik: Melawan Iblis dijadualkan menemui penonton Malaysia pada 1 Oktober 2026, dengan Astro Shaw bertindak sebagai rakan pemasaran di Malaysia.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement