Skip to main content

Hiburan

Hampir Tiga Tahun Menyulam Cinta, Ariana Grande Dan Ethan Slater Dilaporkan Putus Cinta

Astro Gempak 539

Sekilas

  • Ariana Grande dan Ethan Slater dilaporkan sudah putus selepas hampir dua tahun bersama, namun masih kekal berkawan dan saling menyokong.
  • Perpisahan mereka dibuat secara baik dan tidak ada kaitan dengan album baru Ariana yang sedang dalam proses.
  • Hubungan mereka mula menjadi perhatian sejak Julai 2023 selepas sama-sama terlibat dalam filem muzikal Wicked dan mula serius menjelang akhir 2023.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon terkenal Hollywood, Ariana Grande dilaporkan sudah menamatkan hubungan cintanya dengan pelakon Ethan Slater selepas hampir dua tahun bersama.

Berdasarkan laporan TMZ, menurut sumber terdekat pasangan tersebut, perpisahan mereka berlaku secara baik dan kedua-duanya masih mengekalkan hubungan persahabatan serta saling menyokong antara satu sama lain.

Advertisement


 

“Mereka membuat pertimbangan yang mendalam sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan romantis tersebut,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber sama menjelaskan album baharu Ariana tidak mempunyai kaitan dengan perpisahan itu dan tidak diinspirasikan oleh hubungannya bersama Ethan.

Advertisement

Terdahulu, hubungan Ariana dan Ethan mula menjadi perhatian umum pada Julai 2023 selepas mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem muzikal Wicked.

Ketika itu, Ariana baru sahaja berpisah dengan bekas suaminya, Dalton Gomez, manakala Ethan pula berpisah dengan isterinya, Lily Jay.

Sumber turut menegaskan bahawa Ariana dan Ethan hanya mula menjalinkan hubungan cinta selepas kedua-dua perkahwinan mereka berakhir.

Pasangan itu kemudiannya sering dilihat meluangkan masa bersama termasuk berkunjung ke Disneyland serta menikmati makan malam di beberapa lokasi terkenal sekitar New York.

Menjelang penghujung tahun 2023, hubungan mereka dikatakan semakin serius apabila dilaporkan tinggal bersama di New York dan menghabiskan sebahagian besar masa bersama.

Spekulasi mengenai keretakan hubungan mereka mula timbul apabila Ethan tidak kelihatan menghadiri konsert pembukaan jelajah Eternal Sunshine Ariana yang berlangsung di Oakland, California baru-baru ini.

Setakat ini, wakil Ariana dan Ethan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung laporan tersebut.

Sumber: TMZ



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Must Watch Video

Advertisement