Skip to main content

Selebriti

Hans Isaac Kongsi Momen Lucu, Terkejut Jumpa Erra Fazira Di Set Gerak Khas 2.0 - “Kami Ketawa Lima Minit…”

Hans Erra

Sekilas

  • Datuk Hans Isaac terkejut dan gembira bertemu semula dengan Erra Fazira di set drama Gerak Khas 2.0 selepas kali terakhir mereka berlakon bersama dalam filem Cuci pada 2008.
  • Hans menjelaskan dia akan meneliti tawaran berlakon terutama jika produksi menerima dana kerajaan bagi mengelakkan konflik kepentingan sebagai Pengerusi FINAS.
  • Drama Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai setiap Jumaat pukul 9 malam di TVS dan aplikasi TVS Inspire.

Pelakon, Datuk Hans Isaac mengakui terkejut apabila bertemu semula dengan primadona negara, Erra Fazira di lokasi penggambaran drama Gerak Khas 2.0.

Menurut Hans, dia sendiri tidak mengetahui bahawa Erra turut membintangi naskhah tersebut dan pertemuan mereka di set penggambaran berlangsung dalam suasana santai dan mencuit hati sebelum kedua-duanya terus fokus menjalankan tugas

“Saya tak pasti dia tahu ke tidak masa saya datang set penggambaran, saya pun masa sampai, scene yang pertama di hari yang pertama, karakter siapa pegang pun saya belum tahu lagi.

“Kemudian saya nampak Erra ada,  saya kata ‘eh makcik ni, awak pun ada’, selepas itu kami ketawa selama lima minit.

“Tiada masalah untuk berlakon bersama dan kemudian kami terus kerja, ‘straight forward’,” katanya.

Hans berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama bersiri Gerak Khas 2.0, baru-baru ini.

Mengulas mengenai lakonan, Hans yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata dia tidak akan sewenang-wenangnya menerima tawaran berlakon terutama jika syarikat produksi menerima dana kerajaan.

Jelas Hans, dia akan meneliti setiap tawaran yang diterima bagi mengelakkan timbul persepsi atau konflik kepentingan yang boleh menjejaskan integritinya.

“Ada beberapa produksi yang meminta saya berlakon. Tetapi sebagai Pengerusi FINAS sebenarnya agak sensitif untuk saya berlakon.

“Saya kena lihat terlebih dahulu, sama ada mereka (produksi) mempunyai dana FINAS atau tidak.

“Kalau saya terbabit dengan produksi yang ada dana daripada FINAS atau kerajaan, itu akan terjadinya conflict of interest disebabkan jawatan saya sekarang.

“Kalau produksi dari luar negara mungkin 100 peratus tawaran saya boleh terima tetapi untuk produksi di Malaysia saya kena memikirkannya terlebih dahulu,” jelasnya.

Untuk rekod, kali terakhir Hans dan Erra terlibat dalam satu naskhah adalah menerusi filem Cuci yang ditayangkan pada tahun 2008.

Selain Hans, drama bersiri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Erra Fazira, Datuk Yusof Haslam, Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin, Salina Saibi dan Tisha Shamsir.

Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai ini, setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi saluran TVS dan aplikasi TVS Inspire.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement