Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri, tampil menepis dakwaan pelakon Isa Khan yang sebelum ini mempersoalkan mengapa hantaran mengenai isu Gaza semakin berkurangan selepas aktivis kemanusiaan Sumud Flotilla pulang ke tanah air.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Musa menegaskan bahawa orang ramai masih terus berkongsi mengenai perkembangan Gaza.
Namun faktor algoritma media sosial menyebabkan hantaran tersebut kurang muncul di paparan pengguna tertentu.
“Selamat pagi semua, kecuali yang tanya kenapa dah tak nampak orang cakap pasal Gaza. Lepastu tuduh pula semua orang sibuk post pasal Gaza sebab hype masa Sumud tengah berlayar je.
“Eh algorithm dia yang masalah, kita pulak yang disalah. Kau ni apa? Kau tinggal sini ke?,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon, Isa Khan, tampil menegur sikap segelintir netizen yang dilihat semakin ‘senyap’ mengenai isu Gaza.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Isa mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang yang dilihat sudah tidak lagi memberi perhatian dan lantang mengenai perkembangan Gaza.
Isu Gaza sebelum ini pernah kembali hangat susulan misi kemanusiaan Sumud Flotilla yang turut membabitkan beberapa selebriti tempatan, namun perhatian masyarakat dilihat kembali berkurangan selepas tamatnya tumpuan terhadap misi tersebut.