Skip to main content

Rancangan Realiti

Hanya Beza Satu Markah, Der Diumumkan Sebagai Juara Penyampai Baru ERA

Der juara penyampai baru ERA

Sekilas

  • Der diumumkan sebagai juara penyampai baru ERA dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi.
  • Tempat kedua hingga ketujuh dimenangi oleh Ashhrapp, Aqil Aqasha, Zeera Azizi, Naja, Harezkyol, dan Edelyn dengan hadiah wang tunai dan trofi masing-masing.
  • Pencarian penyampai baru ini adalah inisiatif ERA untuk terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend media serta kehendak pendengar.

Menepati ramalan, Der diumumkan sebagai juara penyampai baru ERA yang diadakan sejak awal Oktober lalu oleh stesen radio ERA.

Kemenangan itu sekaligus membuatkan Der membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta trofi.

Sementara itu, gelaran naib juara pula menjadi milik Ashhrapp yang memenangi wang tunai sebanyak RM2,000 beserta trofi.

Tempat ketiga dan keempat disandang oleh Aqil Aqasha dan Zeera Azizi, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 berserta trofi kemenangan.

Manakala Naja pula di tempat kelima, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500 dan trofi.

Dalam pada itu, Harezkyol dan Edelyn terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam dan ketujuh, membawa pulang hadiah wang tunai RM300 termasuk trofi kemenangan masing-masing.

Untuk info, kali terakhir sesi ujibakat ini diadakan adalah pada tahun 2019, dan ia telah melahirkan penyampai berbakat seperti Radin (2014) dan Munabella (2019) yang kini menjadi antara suara penting dalam dunia penyiaran radio tempatan.

Pencarian ini adalah sebahagian daripada komitmen ERA untuk terus berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan trend media serta kehendak pendengar.

Dengan adanya penyampai baharu yang berbakat dan bersemangat, ERA yakin dapat terus menjadi stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti ERA di semua platform media sosial rasmi.

Must-Watch Video

Advertisement