Skip to main content

Selebriti

Hanya Guna Skincare Yang Tepat, Fasha Sandha Perbetul Dakwaan Netizen - “Saya Tak Pernah Lakukan Sebarang…”

Fasha Sandha tak ambil suntikan kecantikan

Sekilas

  • Fasha Sandha menafikan dakwaan bahawa dia pernah menjalani suntikan atau prosedur kecantikan untuk memutihkan kulit.
  • Fasha berkongsi gambar zaman kanak-kanak sebagai bukti warna kulitnya yang gelap sejak kecil dan menegaskan tiada prosedur kosmetik dilakukan.
  • Perubahan tona kulit Fasha adalah hasil penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai, bukan melalui pembedahan atau suntikan.
Advertisement

Pelakon, Fasha Sandha menafikan dakwaan kononnya dia pernah menjalani suntikan atau prosedur kecantikan bagi memutihkan kulit.

Menerusi perkongsian di media sosial, ada individu mendakwa ramai selebriti tempatan yang dahulunya berkulit gelap kini tampil dengan tona kulit yang lebih cerah.

Advertisement

Malah, individu itu juga turut menyebut nama beberapa selebriti lain termasuk Fasha sebagai contoh.

“Ramai je artis dulu hitam sekarang putih, awak pergi google gambar Fasha Sandha, dulu macam hitam dia.

“Fazura pun hitam juga. Eriyca Baiduri tu pergi tengok hitam comot macam mana dulu. Does not work tu setengah orang je kot,” tulis individu itu.

Advertisement

Sebagai respons, Fasha kemudiannya memuat naik sekeping foto zaman kanak-kanak ketika usianya sekitar setahun lebih sambil berseloroh mengenai warna kulitnya pada waktu itu.

“Ni gambar saya masa umur setahun lebih. Hitam untuk awak kan. Okay lah, hitam hitam pun cute kan.

“Apa salahnya hitam? Hitam atau gelap lagi okay. Berbanding putih. Putih cepat kotor kan,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Fasha juga itu menegaskan dia tidak pernah menjalani sebarang prosedur suntikan atau pembedahan kosmetik bagi memutihkan kulit.

Sebaliknya, kata Fasha, perubahan pada kulitnya itu adalah hasil penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai.

“Jujur cakap saya tidak pernah melakukan sebarang injection, mahupun apa saja teknik surgery memutih. Saya hanya pakai the right skincare. Alhamdulillah,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

Lovito Casual Striped Lace Up Pattern Backless Spring/Summer Light Pink Tank Top for Women L136AD305

(Refine by Lovito) Cute Dress Plaid Tie Front Smocked Summer/Spring Dress for Women LR2AD007 (Refine by Lovito) Gaun Comel Bertali Kotak-kotak Di Bahagian Depan Gaun Musim Panas/musim Bunga Untuk Wanita LR2AD007

Organicule Moringa Powder [200g] | Improves Skin | Immunity & Anti-Inflammatory | 100% Authentic

Organicule Moringa Powder [200g] | Improves Skin | Immunity & Anti-Inflammatory | 100% Authentic

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

Lovito Kardigan Santai Wanita Bergaris Kancing Depan Logam LNE36135 (Pelbagai Warna)

GKB Probio+ (Probiotics & Prebiotics Formula) 3g x 30 Sachets | 益生菌,肠道健康 Gut Health/ Immunity

GKB Probio+ (Probiotics & Prebiotics Formula) 3g x 30 Sachets | 益生菌,肠道健康 Gut Health/ Immunity

Xiao Healthy AvoMilk | AvoMlik Cocoa - 850g Tin /15 sachets

Xiao Healthy AvoMilk | AvoMlik Cocoa - 850g Tin /15 sachets

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement