Skip to main content

Hiburan

“Hari Ini Umur Ibu 42…” – Shuib Titip Doa Buat Allahyarham Siti Sarah, Kenang Sambutan Hari Lahir Bersama

Shuib

Sekilas

  • Pelawak Shuib berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun ke-42 Allahyarham isterinya, Siti Sarah.
  • Shuib menyatakan rasa syukur kerana mempunyai isteri kini, Watie Hanifiah, dan anak-anak yang sentiasa menyokongnya.
  • Dia berharap agar arwah Siti Sarah mendoakan agar mereka sekeluarga dapat bertemu kembali suatu hari nanti.
Advertisement

Sempena ulang tahun Allahyarham Siti Sarah yang ke-42 tahun pada hari ini, pelawak Shuib berkongsi ucapan istimewa buat arwah isterinya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkata dia dalam keadaan baik kerana mempunyai isterinya iaitu Watie Hanifiah dan anak-anak yang berada disisinya. 

 

“15 September 2026, 12 September 2026. Hari ini umur Ibu 42. Selalunya kita akan sambut birthday sama-sama. Tapi inilah cerita kita. 

 

“InsyaAllah daddy kat sini ok, ada Mummy dan anak-anak yang selalu dengan daddy. Kita dah tambah ahli keluarga baru, namanya Akira,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Shuib juga berharap arwah isterinya mendoakan dia sekeluarga dapat bertemu kembali pada suatu hari nanti.

 

Shuib yang juga usahawan meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri seperti Siti Sarah dan Watie.

 

“Semoga ibu sentiasa dibawah rahmat Allah, semoga ibu diletakkan di Syurga Allah. Doakan kami, doakan semoga kita sekeluarga boleh bersama kembali di suatu hari.

 

“Syukur daddy ada Isteri yang baik macam ibu, macam mummy @iamwatie. Di hari kelahiran Ibu, didoakan dan dibacakan Al-Fatihah buat  Siti Sarah Bt Raissuddin.

 

“Sayang ibu dunia dan akhirat,” ujar Shuib. 

 

Sumber - Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement