Skip to main content

Hiburan

"Hari Yang Sangat Bahagia Untuk Saya..." - Bella Astillah

"Hari Yang Sangat Bahagia Untuk Saya..." - Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu di Merdeka 118 Precinct.
  • Majlis akad nikah dikendalikan oleh Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan kehadiran 255 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.
  • Pasangan ini menerima doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia serta mengenakan busana rekaan Zaimi Zulkafli pada hari bahagia mereka.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut Bella, hari tersebut merupakan antara detik paling membahagiakan dalam hidupnya.

Advertisement

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Hari ini adalah hari yang sangat bahagia untuk saya, semoga bukan hari ini sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Bella dan Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan serta hubungan mereka, termasuk mereka yang tidak mengenali pasangan itu secara peribadi.

“Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang kenal atau tidak, tetapi selalu mendoakan hubungan kami. Alhamdulillah.

Advertisement

“Kami telah menjadi suami isteri. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada anda, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama Syed Saddiq dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku jurunikah.

Bella dinikahkan berwalikan bapanya, Awang Astillah Abdullah atau Dullah, dengan disaksikan oleh Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada majlis berkenaan, Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 kepada Bella. Pihak lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Zaimi Zulkafli, bagi menyerikan hari bahagia mereka.

Lebih istimewa, Bella dan Syed Saddiq mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik negara, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertemakan Islamic Arabic itu dihadiri seramai 255 jemputan, terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement