Sekilas
- Pasukan bola sepak Harimau Malaya akan kembali memakai jersi ketiga berwarna biru selepas hampir tujuh tahun.
- Jersi terbaru ini menggunakan kombinasi warna biru dengan sentuhan merah di bahagian kolar dan lengan, diumumkan oleh Puma di Instagram.
- Jersi ini akan digunakan oleh skuad Harimau Muda, Malayan Tigress, dan skuad futsal pada Sukan SEA Thailand Disember ini.
Selepas hampir tujuh tahun, pasukan bola sepak Harimau Malaya akan kembali mengenakan jersi ketiga berwarna biru.
Pengumuman itu dibuat jenama barangan sukan terkemuka, Puma menerusi perkongsian di Instagram (IG) pada Rabu.
Dapat dilihat jersi ketiga itu menggunakan kombinasi warna biru serta sedikit warna merah di bahagian kolar dan lengan.
Difahamkan, jersi tersebut akan digunakan dan dirasmikan oleh skuad Harimau Muda, Malayan Tigress dan skuad futsal pada temasya Sukan SEA Thailand, Disember ini.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian peminat yang rata-ratanya teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan jersi terbaharu tersebut.
Untuk rekod, kali terakhir skuad bola sepak negara mengenakan jersi berwarna biru adalah pada era 2018-2020.

Sumber: IG Puma