Sekilas
- Pelakon Asha Merican selamat melahirkan anak kedua pada 9 September 2026, diberi nama Issa Suleiman.
- Suaminya, Harris Annuar, berkongsi berita gembira tersebut di Threads dan mendoakan agar anak mereka membesar menjadi anak soleh.
- Harris dan Asha berkahwin pada 11 Jun 2022 dan mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Aura Medina yang lahir pada Mac 2023.
Pelakon, Asha Merican selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon, Harris Annuar menerusi satu perkongsian di Threads.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Harris menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar anaknya yang diberi nama Issa Suleiman membesar menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah baby lahir dengan selamat pada 9 September 2026 jam 9 pagi tadi (Rabu).
“Assalamualaikum wahai anakanda Issa Suleiman. Semoga membesar menjadi anak yang soleh,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Harris dan Asha atas kelahiran itu.
Untuk rekod, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Mereka juga mempunyai seorang lagi cahaya mata bernama Aura Medina yang dilahirkan pada Mac 2023 yang lalu.
Sumber: Threads