Nama pempengaruh dan pencipta kandungan visual terkenal, Sofyank kembali menjadi perhatian netizen selepas berkongsi sebuah video promosi percutian di Singapura baru-baru ini.
Difahamkan, Sofyank telah dipilih sebagai pencipta kandungan untuk mempromosikan lokasi menarik di Kota Singa.
Bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah namanya mula ‘mendonia’ sejak memenangi Ultimate VFX Challenge yang dianjurkan oleh pencipta kandungan VFX terkenal, Zach King.
Lebih menarik, Sofyank juga pernah bekerjasama dengan beberapa jenama luar negara terutamanya Disney dan Netflix.
Berikut 5 projek mega Sofyank yang membuktikan dia kini berada dalam liga kreator dunia.
Kolaborasi bersama dengan pelakon & pengiktirafan tempatan
Sofyank pernah bekerja bersama beberapa artis tempatan antaranya Beto Kusyairi, Mierul Aiman, Zul Ariffin dan Zizan Razak untuk filem Abang Long Fadil 3.
Lebih menarik Sofyank juga pernah menerima Anugerah Gempak Hall Of Fame di Gempak Most Wanted Awards 2022.
Kolaborasi Dengan Ryan Reynolds - Projek “Ala Marvel”
Sofyank mula menjadi sebutan dunia selepas videonya bersama Ryan Reynolds untuk promosi The Adam Project tular sehingga mendapat liputan antarabangsa.
Dengan teknik VFX kompleks dan storytelling mantap, video itu kelihatan seperti dihasilkan oleh studio Hollywood.
Projek Promosi Dengan Chris Hemsworth
Ketika pelancaran Extraction, Sofyank sekali lagi diberi kepercayaan oleh Netflix untuk menghasilkan video kreatif.
Video itu menampilkan aksi-aksi dramatik dan efek khas yang membuatkan penonton terpegun seolah-olah Sofyank berada dalam set filem sebenar.
Kerjasama Dengan Platform Streaming Antarabangsa
Netflix, Disney+ dan Prime Video adalah antara platform yang pernah bekerja secara langsung dengannya. Setiap kolaborasi menampilkan visual yang tidak kalah dengan produksi studio profesional.
Projek Iklan Global Dengan Jenama Antarabangsa
Selain selebriti Hollywood, Sofyank sering dipanggil oleh jenama-jenama besar untuk menghasilkan video promosi kreatif dari produk teknologi, percutian, sehingga kempen pemasaran digital global.
Style VFX signaturenya kini menjadi aset pemasaran yang diiktiraf luar negara.