Skip to main content

Hiburan

Hatimurni Berselawat 2026 Himpun 3,000 Peserta, Semarakkan Rasa Cinta Kepada Rasulullah SAW - “Semoga Selawat Terus Hidup…”

Hatimurni Berselawat 2026 Himpun 3,000 Peserta, Semarakkan Rasa Cinta Kepada Rasulullah SAW - “Semoga Selawat Terus Hidup…”

Sekilas

  • Hatimurni Islamic Private Education Centre berjaya menghimpunkan 3,000 peserta dalam program Hatimurni Berselawat di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.
  • Program ini menampilkan pelbagai aktiviti agama seperti selawat, qasidah, maulid, dan tausiyah bersama pendakwah terkenal serta diikuti dengan Hari Apresiasi Pelajar Hatimurni 2026.
  • Pengasas Hatimurni menekankan pentingnya pendidikan agama yang diterapkan dalam kehidupan seharian dan kerjasama antara sekolah dan ibu bapa untuk membina generasi yang cintakan Rasulullah SAW.
Advertisement

Bagi menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, Hatimurni Islamic Private Education Centre menganjurkan Hatimurni Berselawat yang berjaya menghimpunkan seramai 3,000 peserta.

Berlangsung di Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati, Kuala Lumpur, program berkenaan turut menampilkan pelbagai pengisian agama seperti selawat, qasidah, maulid dan tausiyah bersama barisan pendakwah.

Advertisement

Menurut pengasas Hatimurni Islamic Private Education Centre, Ustazah Siti Khadijah Binti Mohni, kehadiran ribuan peserta memberi makna besar buat mereka.

“Alhamdulillah, melihat 3,000 orang berkumpul bersama keluarga dan anak-anak untuk berselawat kepada Rasulullah SAW adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati kami.

“Dari awal lagi, hasrat Hatimurni bukan sekadar mahu menganjurkan sebuah program yang besar. Kami mahu keluarga yang hadir membawa pulang pengalaman ini dan mudah-mudahan selawat terus hidup di rumah masing-masing.

“Program mungkin berakhir hari ini, tetapi kami berharap selawat dan kecintaan kepada Rasulullah SAW tidak berhenti di sini,” katanya.

Menurutnya, pendidikan agama juga perlu diterapkan dalam kehidupan seharian dan bukan hanya bergantung kepada pembelajaran di sekolah.

“Kami tak nak anak-anak sekadar belajar agama. Kami nak mereka faham agama, cintakan Al-Quran, ada adab dan mampu praktikkan ilmu dalam kehidupan,” katanya.

Antara yang terlibat dalam program berkenaan ialah Prof. Dato’ Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff, Kumpulan Qasidah Al Busyro, Ustaz Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali, Daie Fuad, Ustaz Sapie Sabilan, Ustaz Azman Bin Mohd Lana dan En. Nor Helmi Bin Hamdan.

Pada sebelah petang pula, program diteruskan dengan Hari Apresiasi Pelajar Hatimurni 2026 yang memberi peluang kepada pelajar menyerlahkan bakat menerusi pertandingan Nasyid, Azan, Kalam Jamaie dan Hafazan.

Acara turut diserikan dengan penampilan Kumpulan Faheem sebelum majlis penutup disempurnakan Timbalan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tuan TS. Haji Hasrolnizam Bin Shaari.

Dalam pada itu, Ustazah Siti Khadijah berpendapat bahawa kejayaan program berkenaan bukan sekadar diukur menerusi jumlah kehadiran, sebaliknya kesan yang dibawa pulang oleh setiap keluarga.

“Kalau selepas pulang daripada Hatimurni Berselawat, ada keluarga yang mula mengambil sedikit masa untuk duduk bersama anak-anak, berselawat dan menghidupkan suasana agama di rumah, bagi kami itulah antara kejayaan paling besar program ini.

“Kami mahu anak-anak bukan sahaja kenal Rasulullah SAW melalui buku atau pembelajaran di sekolah, tetapi membesar dengan rasa cinta kepada Baginda.

“Dan untuk membina generasi seperti ini, sekolah sahaja tidak cukup. Sekolah dan IbuAyah perlu bergerak bersama-sama,” katanya lagi.

Untuk rekod, Hatimurni kini mempunyai enam cawangan sekitar Lembah Klang serta menawarkan pembelajaran agama secara dalam talian dengan kira-kira 1,800 pelajar.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement