Skip to main content

Selebriti

Hatta Dolmat Pesan Jaga Bau Badan Sebelum Hadir Acara, Tak Mahu Orang Sekeliling Tak Selesa- “Sampai Pening Kepala, Terpaksa…”

Hatta Dolmat Pesan Jaga Bau Badan Sebelum Hadir Acara, Tak Mahu Orang Sekeliling Tak Selesa- “Sampai Pening Kepala, Terpaksa…”

Sekilas

  • Pereka fesyen Hatta Dolmat berkongsi pengalaman kurang selesa apabila terpaksa tinggalkan acara kerana bau badan individu lain yang kuat sehingga menyebabkan pening kepala.
  • Hatta menasihati mereka yang ada masalah bau badan supaya memakai parfum dengan banyak dan kurangkan pergerakan sebelum hadir ke acara untuk elak gangguan kepada orang lain.
  • Video tular menunjukkan pelakon Jepun Sho Hirano mengusap hidung ketika duduk bersebelahan aktor Australia Josh Heuston di Paris Fashion Week, yang dikaitkan dengan bau badan, namun tiada pengesahan lanjut.
Advertisement

Pereka fesyen, Hatta Dolmat berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila terpaksa berdepan individu yang mempunyai bau badan kurang menyenangkan ketika menghadiri sebuah acara.

Menerusi perkongsian di Threads, Hatta berkata situasi tersebut bukan sahaja membuatkan dirinya berasa tidak selesa, malah menyebabkan dia pening kepala sehingga terpaksa meninggalkan dewan buat sementara waktu.

Advertisement

Menurut Hatta, dia mengambil keputusan untuk berehat di tandas dan hanya kembali ke dewan selepas acara pertunjukan fesyen itu bermula

“This video nampak funny, tapi hakikatnya kalau kita yang melaluinya memang sangat tak selesa.

“Saya pernah alami, memang turn off, turn off yang sampai pening kepala. Sampai saya terpaksa keluar hall, pergi washroom duduk lama lama sampai dah show start baru masuk balik.  Habis show terus balik,” kongsinya.

Advertisement

Dalam masa sama, Hatta juga turut menasihati individu yang mempunyai masalah bau badan supaya mengambil langkah sewajarnya sebelum menghadiri sebarang acara bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling.

“Kalau ada BO dan pergi event make sure pakai parfume banyak banyak dan minimal your pergerakkan.

“Sebelum masuk event hall dalam kereta tu sembur lah seakan mandi parfume sebab siapa pernah kena je tahu how bad keadaannya,” coretnya.

Terdahulu, Hatta berkongsi video tular yang memaparkan gelagat pelakon Jepun, Sho Hirano, ketika duduk bersebelahan dengan aktor Australia, Josh Heuston, pada acara Paris Fashion Week baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Hirano dilihat tiba-tiba mengusap hidungnya ketika Josh mengangkat tangan, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen mendakwa tindakan Hirano itu mungkin berpunca daripada bau badan Josh, bagaimanapun perkara tersebut tidak dapat dipastikan.

Sumber: Threads @hattadolmat_

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

Ethnic Retro Corful Peacock Jhumka Earrings Womens Indian Jewelry Flower Gold Bell Tassel White Pearl Earrings

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must Watch Video

Advertisement