Skip to main content

Berita Tempatan

"Hidup Sebelum Ni Dilindungi Sebab Doa Mama" - Elfira Loy

"Hidup Sebelum Ni Dilindungi Sebab Doa Mama" - Elfira Loy

Sekilas

  • Pelakon Elfira Loy berkongsi perasaan sedih dan kesukaran selepas kehilangan ibu tercinta baru-baru ini.
  • Elfira mengakui hidupnya kini terasa kurang lengkap tanpa doa dan perlindungan ibu yang selama ini menjadi sandaran.
  • Allahyarhamah ibu Elfira, Filzah, meninggal dunia selepas menjalani prosedur perubatan berisiko tinggi pada 6 Ogos lalu.
Advertisement

Pelakon Elfira Loy berkongsi luahan menyentuh hati mengenai kehidupannya selepas kehilangan ibu tercinta baru baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elfira mengakui cuba untuk terus kuat, namun hakikat kehilangan insan yang selama ini menjadi tempatnya bergantung bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.

Advertisement

“Kuat je sebenarnya. Takdelah rindu sangat sebab hari hari jumpakan cuma tulah, dah biasa hidup bergantung pada mama bila takde tu memang rasa takde tu,” tulisnya.

Menurut Elfira, pemergian ibunya membuatkan dia semakin menyedari betapa selama ini kehidupannya terasa dilindungi dengan doa seorang ibu.

“Rasa macam hidup sebelum ni memang dilindungi sebab doa mama.

Advertisement

“Sekarang, tak rasa selamat, tak rasa best, tak rasa fully happy, tak rasa manis,” tulisnya.

Mengakhiri luahan ringkas itu, Elfira tidak menyembunyikan kesukaran yang sedang dilaluinya.

“Haih… tu jelah susah,” tulisnya.

Allahyarhamah Filzah, 61, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di sebuah hospital susulan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, pada 6 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur itu berjalan lancar.

Anda mungkin berminat dengan

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Must Watch Video

Advertisement