Skip to main content

Selebriti

Hisyam Hamid Kongsi Pengalaman, Jadi Bomba Beri Kesan Pada Diri - “Kami Dilatih Untuk Sentiasa Bersedia Hadapi ‘Senario Paling Buruk’…”

Hisyam Hamid Kongsi Pengalaman, Jadi Bomba Beri Kesan Pada Diri - “Kami Dilatih Untuk Sentiasa Bersedia Hadapi ‘Senario Paling Buruk’…”

Sekilas

  • Pelakon Hisham Hamid berkongsi pengalaman lamanya sebagai anggota bomba yang mengajar dia sentiasa bersedia menghadapi situasi paling buruk.
  • Pengalaman membantu Hisham untuk kekal mental kuat dan bersedia menghadapi kejadian tidak dijangka dalam kehidupan seharian.
  • Pengalaman itu juga membantunya menguruskan jangkaan dan menerima perkara buruk dengan lebih tenang.
Advertisement

Pelakon, Hisham Hamid mengakui pengalaman ketika bergelar anggota bomba suatu ketika dahulu sedikit sebanyak masih meninggalkan kesan pada dirinya dari segi berdepan dengan pelbagai situasi dalam kehidupan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Hisyam berkata ketika berkhidmat sebagai anggota bomba, mereka telah dilatih untuk sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk ketika bertindak balas terhadap sesuatu insiden.

Advertisement

“Semasa menjadi anggota bomba, kami dilatih untuk sentiasa bersedia menghadapi ‘senario paling buruk’ apabila memberikan respon terhadap sesuatu insiden.

“Standby untuk api besar ke, kepala terputus ke, situasi situasi yang tidak dijangka seperti itu, jadi apabila perkara itu benar-benar berlaku, kami sudah bersedia dari segi mental.

“Prinsip itu masih melekat dalam diri saya sehingga sekarang. Saya tidak pasti sama ada ia perkara yang baik atau tidak, tetapi saya cenderung untuk ‘apply’ dalam kehidupan,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Hisyam, pengalaman tersebut secara tidak langsung membantunya dalam mempersiapkan mental sekiranya sesuatu perkara tidak berlaku seperti yang diharapkan.

“Saya rasa secara tidak langsung ia membantu saya dalam menguruskan jangkaan? Jika perkara buruk sekali pun yang berlaku, kita sudah bersedia dari sedi mental,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement