Skip to main content

Hiburan

Hubungan Aditya Zoni & Bekas Isteri Masih Baik Meski Sudah Berpisah - “Saya Juga Selalu Ke Kuala Lumpur Berjumpa Anak”

Aditya Zoni

Sekilas

  • Aditya Zoni berkongsi hubungannya dengan bekas isteri, Yasmine Ow, dalam keadaan baik demi kebaikan anak mereka, Zayn Serdar.
  • Walaupun Yasmine kini hamil dan sukar bergerak, Aditya tetap kerap berjumpa anaknya sama ada di Kuala Lumpur atau Sabah.
  • Aditya turut mendoakan yang terbaik untuk kehidupan baharu Yasmine yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.

Pelakon Indonesia, Aditya Zoni memaklumkan hubungannya dengan bekas isteri yang juga pempengaruh asal Malaysia, Yasmine Ow berada dalam keadaan baik meski mereka sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan.

Menurut Aditya, mereka memilih untuk menjaga hubungan supaya dapat memberikan yang terbaik kepada pembesaran anak mereka iaitu Zayn Serdar Enver Warman.

“Alhamdulillah hubungan saya bersama bekas isteri baik saja. Tiada masalah antara kami, semuanya baik-baik saja. Yang penting ialah anak,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon berusia 25 tahun ini, dia juga tidak mempunyai sebarang tentangan untuk berjumpa dengan Zayn bahkan kerap datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengannya. 

“Saya selalu ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak cuma ketika ini Yasmin sedang hamil dan pergerakkannya agak terbatas dan sukar untuk ke Kuala Lumpur.

“Jadi, saya sendiri akan terbang ke Sabah untuk berjumpa dengan anak,” kongsinya.

Aditya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sesi tayangan perdana filem Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai yang diadakan di TGV, 1 Utama, Petaling Jaya pada Isnin.

Ketika ditanya mengenai kehidupan baharu Yasmine yang sudah pun berumah tangga dan bakal menimang cahaya mata, Aditya berkata dia tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik buat bekas isterinya itu.

“Saya juga tumpang gembira dengan kehidupan baharunya yang sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.

“Semoga yang baik-baik saja buat dia,” ujarnya.

Untuk rekod, Aditya dan Yasmine berkahwin pada Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Zayn Serdar yang kini berusia 3 tahun.

Yasmine kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Malaysia pada Februari lalu selepas bercerai dengan Aditya, 26 September tahun lalu.

Sementara itu, Aditya bakal tampil menerusi filem seram terbaharu arahan pengarah, Helfi Kardit yang berjudul Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai.

Must-Watch Video

Advertisement