Ringkasan AI
- Penyanyi Ina Naim menafikan khabar angin tentang perselisihan faham antara anaknya Hadie Suhaimi, Auddra (Oddah), dan Qadejah.
- Ina menjelaskan hubungan persahabatan mereka bertiga baik dan tiada masalah seperti yang didakwa netizen.
- Mereka hanya berlakon dan bekerja dalam projek bersama, termasuk drama terbaru yang akan ditayangkan pada Disember nanti.
- Ina sentiasa risau dan menasihati Hadie supaya menjaga adab dan sentiasa berdoa dalam menghadapi dunia seni.
- Spekulasi timbul selepas Hadie terlibat dalam projek bersama Qadejah, anak Datuk Seri Aliff Syukri, namun ia tidak menjejaskan hubungan mereka.
Penyanyi, Ina Naim menjelaskan khabar angin kononnya wujud sedikit perselisihan faham antara anaknya Hadie Suhaimi bersama rakannya iaitu Auddra (Oddah) dan Qadejah itu tidak benar.
Malah kata Ina, hubungan persahabatan mereka bertiga berada dalam keadaan baik tanpa sebarang perselisihan faham seperti yang didakwa netizen di media sosial.
“Tak ada apa, sebenarnya semua itu hanya konten sahaja, sekarang apa apa semuanya nak kena viral. Mereka hanya berlakon dan bekerja.
“Masing-masing ada bahagian masing masing, sebenarnya mereka semua berkawan dan tidak ada apa-apa masalah pun.
“Oddah dan Qadejah pun tak ada masalah, gaduh pun tidak. Nantikan drama terbaharu Qadejah, Hadie dan Oddah. Insya-Allah Disember nanti,” ujarnya.
Ina berkata demikian ketika ditemui Gempak di program MeleTOP baru-baru ini.
Mengulas mengenai Hadie, Ina mengakui sebagai seorang ibu, dia sentiasa berasa bimbang terhadap anak-anak, terutamanya apabila mereka mula dikenali sejak terlibat dalam dunia seni.
Bagaimanapun kata Ina, dia sentiasa menasihati anak sulungnya itu, agar menjaga adab dan sentiasa berpegang kepada doa.
“Insya-Allah mana mak yang tak risau, kita ni melentur anak daripada kecil, daripada lahir sampai dewasa.
“Jadi bila waktu remaja ini dia lebih dikenali, perkara itu saya kena lebih jaga jaga sebab zaman dulu lain.
“Sekarang ini CCTV di mana mana itu yang saya risau tapi alhamdulillah setiap kali nak keluar rumah atau kemana mana saya selalu pesan pada dia.
“Jangan lepas baca doa, jangan hilangkan doa doa yang ada dalam kepala tu, baca istifar, semoga Allah jaga dan lindung kita, insyaAllah,” jelasnya.
Terdahulu, timbul spekulasi netizen mengatakan hubungan persahabatan Hadie dan Oddah kurang baik selepas penyanyi itu mula terlibat dalam sebuah projek bersama anak Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra.