Skip to main content

Hiburan

Ibu Mentua Prince Syed Dakwa Trauma Ditahan Polis, Masih Terkilan Dengan Menantu - “Makcik Menangis Dalam Lokap, Sampai Mati Takkan Maafkan Syed!”

juy

"Mak cik tak pernah bermalam dalam lokap jadi pengalaman itu satu mimpi ngeri buat mak cik.

"Sepanjang duduk dalam lokap, mak cik banyak menangis dan sedih kerana mengenangkan macam mana keadaan Fatin (Fatin Syazwani Ishak) di hospital,".

Advertisement

Itu kata Aminah Haniffa, 55, ketika berkongsi pengalaman bermalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini selepas ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan kira-kira jam 7 malam semalam.

Ia susulan tindakan menantunya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau Prince Syed, 33, atau dikenali Prince Syed iaitu pempengaruh dan usahawan yang membuat laporan terhadapnya kerana perselisihan faham antara mereka.

Selain Aminah, suaminya, Ishak Saif, 59, dan dua anak iaitu Muhd Syahmi Faiz, 31, juga Muhd Ikhwan Alif , 22, turut ditahan bagi membantu siasatan.

Berkongsi kisah sebenar, Aminah berkata, dia bersama suami dan dua anak bertolak dari rumah mereka di Gerik, Perak ke sebuah hospital di Selangor pada Sabtu lalu selepas mengetahui Fatin, 27, menerima rawatan di situ.

Menurutnya mereka tiba di hospital agak lewat iaitu hampir jam 9 malam jadi tidak dapat berjumpa Fatin kerana waktu melawat sudah tamat.

"Jadi mak cik dengan suami dan anak bermalam di rumah anak saudara iaitu sepupu Fatin.

"Esoknya, kami datang ke hospital ketika waktu melawat namun tidak dibenarkan naik ke wad... kami ada terserempak dengan Syed (Prince Syed) namun dia langsung tidak menyapa kami.

"Sampai habis waktu melawat, kami tak dapat naik kecuali sepupu Fatin dan waktu nak gerak, kami nampak kereta Syed memecut laju keluar dari hospital," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Aminah berkata, dia bersama suami dan dua anak kemudian terus mengekori Prince Syed sehingga sampai ke rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, dekat sini.

Katanya, setiba di situ, berlaku perselisihan ketika mereka cuba menahan kereta Prince Syed yang mahu berpatah balik dan didakwa cuba melarikan diri.

"Mak cik mengaku geram sangat waktu itu dan ada naik tangan cuma terkena sedikit saja pada badan Syed kerana dia mengelak.

"Waktu Syed nak patah balik, kereta dipandunya hampir terlanggar mak cik dan itu yang menyebabkan salah seorang anak mak cik marah sampai angkat topi keledarnya itu," katanya.

Menurut Aminah, dia tidak menyangka kes itu akan jadi besar kerana hubungannya dengan Prince Syed baik tanpa sebarang masalah sebelum ini.

Bagaimanapun, Aminah terkilan selepas Prince Syed tidak benarkannya dan ahli keluarga lain bertemu anak serta tiada makluman mengenai pembedahan bariatrik yang dijalankan Fatin.

"Sejak Syed kahwin dengan anak mak cik, mak cik sudah anggap dan sayang dia macam anak sendiri.

"Siapa tak sayang menantu kerana kalau tak sayang, sudah lama mak cik minta mereka berpisah. Tapi sebagai ibu dan mentua, mak cik tak tergamak pun nak keluar perkataan itu (minta berpisah) seperti didakwa.

"Jadi dakwaan mak cik minta mereka berpisah tak betul… sama juga dengan dakwaan yang kononnya mak cik berpakat dengan Syed untuk 'content'… mak cik bukan nak publisiti, cuma orang kampung saja," katanya.

Kata Aminah, sebelum pulang ke Gerik, dia berharap dapat bertemu dengan Fatin dan dua cucunya kerana terlalu rindu memandangkan sudah lama tidak bersua.

"Mak cik nak sangat jumpa Fatin, nak tengok keadaannya sebelum balik kampung cuma tak tahu ada peluang atau tak.. nak jumpa cucu juga.

"Apa pun terjadi, mak cik tetap sayang anak mak cik kerana tahu dia macam mana dan kalau boleh nak dia kembali ke pangkuan mak cik.

"Buat masa ini, mak cik maafkan Fatin… tapi sampai mati mak cik tak maafkan Syed dan sudah-sudahlah dengan sikapnya itu," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video Aminah ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya lari dan menghalang anak serta cucu berjumpa dengannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah dilapor mengesahkan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

 

Must-Watch Video

Advertisement