Anak kepada penyanyi, Misha Omar iaitu Muhammad Idris Ezzwa menyorot perhatian peminat yang hadir ke konsert ibunya baru-baru ini.
Pada konsert Dia: Misha Omar tempoh hari, Idris bukan sahaja keluar berceloteh bersama peminat yang hadir malah dia juga membuat kejutan apabila sama-sama menyanyikan lagu Destiny bersama ibunya.
Menerusi satu hantaran di Instagram Misha Omar, Idris menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang melihat persembahanya.
“Hai semua, ini saya, Idris. Saya cuma mahu ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana menghargai kerja keras saya dan persembahan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Idris juga meminta sedikit masa untuknya membesar sekali gus mengembangkan bakat nyanyiannya.
“Berikan saya sedikit masa lagi untuk membesar. Dan saya akan pastikan bakat saya akan menjadi lebih besar (berkembang) daripada sebelum ini. Terima kasih,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji kepetahan dan kebijaksanaan Idris dalam bertutur.

Hiburan
Idris Ezzwa Hargai Sokongan Peminat Misha Omar, Janji Bakal Kembangkan Bakat - “Berikan Saya Sedikit…”