Skip to main content

Hiburan

Ikmal Amry Minta Henti Dibandingkan Dengan Jefri Nichol - “Aku Ni Anak Nak Masuk Tiga”

Ikmal Amry

Sekilas

  • Pelakon Ikmal Amry meminta orang ramai berhenti membandingkan wajahnya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, terutama kerana dia kini sudah bergelar bapa.
  • Ikmal berkongsi mesej tersebut di Threads dan mendapat respon mesra daripada Jefri yang turut mendoakan kesejahteraan Ikmal dan keluarganya.
  • Netizen menyokong kenyataan Ikmal dan mencadangkan agar kedua-dua pelakon ini berpeluang berlakon bersama dalam satu projek pada masa akan datang.
Advertisement

Dikatakan mempunyai rupa paras yang serupa, pelakan, Ikmal Amry meminta orang ramai untuk membandingkannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Mohd. Zulikmal Amry Ghazali ini berkata, perbandingan tersebut tidak sepatutnya berlaku ditambah pula dirinya yang kini sudah memegang status sebagai seorang bapa.

Advertisement

“Sudah-sudahlah membanding-bandingkan. Aku ini bapa orang, anak nak masuk tiga, apa pun, salam kenal dik,” tulisnya.

Ciapan itu kemudiannya turut meraih perhatian Jefri yang dilihat semakin aktif di platform tersebut sejak kebelakangan ini.

“Waalaikumsalam abang!

Advertisement

“Sihat selalu abang Ikmal dan keluarga ya,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Ikmal dan dalam masa yang sama mereka menyarankan agar Ikmal dan Jefri dapat disatukan dalam satu naskhah satu hari nanti.

Sejak kebelakangan ini, nama Ikmal semakin menjadia bualan apabila ada yang menyamakan wajahnya dengan Jefri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Must Watch Video

Advertisement