Sekilas
- Isa Khan menasihati supaya sentiasa menghargai dan mempertahankan hidayah yang dikurniakan Allah sepanjang hayat.
- Isa mengingatkan bahawa iman manusia ada pasang surut, tetapi tidak harus dijadikan alasan untuk menjauh dari jalan yang benar.
- Pesanan Isa itu timbul susulan tularnya foto Norreen Iman yang kini tidak bertudung, dan mendapat sokongan positif netizen.
Pelakon, Isa Khan menitipkan pesanan agar sentiasa menghargai hidayah yang dikurniakan Allah dan berusaha mempertahankannya sehingga ke akhir hayat.
Isa tampil menitipkan pesanan tersebut susulan tularnya foto yang merakamkan imej baharu pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman yang kini tidak bertudung.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Isa menegaskan bahawa setiap manusia pasti diuji, termasuk berdepan fasa iman yang ada kalanya menaik dan menurun.
Namun, kata Isa keadaan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menjauhkan diri daripada jalan yang benar
“Bila dah dapat hidayah, biarlah genggam sampai akhir hayat. Iman naik turun tu normal, semua manusia alami.
“Tapi jangan sesekali lepaskan hidayah tu sebab susah nak berpatah balik nanti,” pesannya.

Untuk info, Isa sebelum ini pernah meluahkan pandangan mengenai fenomena segelintir artis wanita yang kembali membuka tudung selepas melalui episod perceraian.
Perkongsian Isa itu juga rata-ratanya mendapat respon positif netizen yang bersetuju dengan pandangannya.