Sekilas
- Tahun 2026 menyaksikan pelbagai program realiti TV seperti Talk To My Manager 2, Big Stage Rocketfuel, Kilauan Emas Selebriti dan Borneo Rising yang menampilkan konsep unik serta pemenang yang berjaya mencuri perhatian penonton.
- Talk To My Manager 2 dimenangi oleh pasangan Adira Suhaimi dan Anggrek, manakala Hussain muncul juara Big Stage Rocketfuel musim ketujuh dan Datuk Jalaludin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti 2026.
- Gegar Vaganza Fantasia (GV13) bakal bermula November 2026 dengan menampilkan bekas juara Akademi Fantasia dari pelbagai musim untuk berentap di satu pentas, disiarkan di Astro Ria.
Tahun 2026 menyaksikan pelbagai program realiti televisyen menghiasi industri hiburan tanah air yang mengetengahkan bakat baru, selebriti serta pertandingan yang penuh dengan cabaran dan persaingan.
Antara program yang mencuri perhatian penonton termasuk Kilauan Emas Selebriti, Big Stage Rocketfuel, Talk To My Manager 2 (TTMM2) dan Borneo Rising.
Keunikan pada tahun ini menariknya adalah terdapat pengubahan konsep yang biasa ditonton oleh peminat setia program-program ini seperti Big Stage Rocketfuel, Kilaun Emas Selebirit dan wujudnya program reality tv baru iaitu Borneo Rising.
Selepas beberapa minggu bersaing, program-program ini akhirnya melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang dan barisan finalis yang berjaya mara ke pentas akhir.
Buat peminat rancangan realiti nyanyian, keterujaan bakal diteruskan apabila Gegar Vaganza Fantasia (GV13) bakal menemui penonton pada November ini dengan barisan juara Akademi Fantasia yang kembali berentap di satu pentas.
Jom lihat senarai program realiti TV 2026, konsep pertandingan, pemenang serta barisan finalis yang menjadi perhatian sepanjang tahun ini!
Kredit gambar : Gempak
Talk To My Manager 2 Memperkenalkan Cabaran Baharu Antara Pengurus dan Artis

Kredit Gambar : Gempak
Talk to My Manager musim yang kedua menggabungkan pasangan pengurus dan artis dalam sebuah pertandingan hiburan yang penuh dengan cabaran.
Program ini memberi peluang kepada pasangan pengurus dan artis untuk bekerjasama dalam menghasilkan persembahan menarik serta menonjolkan bakat masing-masing. Selain kebolehan peserta, peranan pengurus dalam membimbing dan merancang strategi turut menjadi antara elemen penting sepanjang pertandingan.
Musim kedua ini dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.
Pemenang dan kedudukan akhir Talk To My Manager 2
Pasangan Adira Suhaimi dan Anggrek berjaya meraih gelaran juara Talk To My Manager 2 selepas menewaskan empat pasangan lain di pentas akhir.
Tempat kedua pula menjadi milik Jamilulhayat dan Hussain, manakala Datuk Seri Vida bersama Cik B menduduki tempat ketiga. A. Aida dan Azeva berada di tempat keempat, sementara Safura dan Kim Khairii melengkapkan kedudukan lima pasangan terbaik di tempat kelima.
Penonton yang terlepas dengan rancangan Talk To My Manager 2 boleh menonton semula melalui Astro Go dan Sooka.
Big Stage Rocketfuel 2026 Buka Peluang Bakat Baharu Bergelar Penyanyi Solo dan Duo

Kredit Gambar : Gempak
Big Stage Rocketfuel melabuhkan tirai dengan musim ketujuh menerusi konsep pertandingan yang membuka peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah sebagai penyanyi solo atau duo.
Program ini bukan sahaja mencari peserta yang mempunyai keupayaan vokal, malah turut menilai identiti muzik, keaslian dan kemampuan mereka untuk terus berkembang dalam industri hiburan.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Azeva, musim ini menampilkan barisan juri tetap Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini.
Pemenang dan finalis Big Stage Rocketfuel musim ketujuh
Selepas melalui persaingan sengit sepanjang musim, Hussain berjaya dinobatkan sebagai juara Big Stage Rocketfuel musim ketujuh.
Kemenangan tersebut menyaksikan Hussain menewaskan lima lagi finalis iaitu Adam dan Nazmie yang meraih tempat kedua, Ranisha di tempat ketiga, Danny di tempat keempat, Yad-Z di tempat kelima serta Danial Kifli di tempat keenam.
Tonton semula Big Stage Rocketfuel untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran anda menerusi Astro Go dan Sooka.
Kilauan Emas Selebriti 2026 Himpunkan 10 Selebriti Otai Uji Bakat Nyanyian

Kredit Gambar : Gempak
Kilauan Emas hadir dengan konsep istimewa menerusi Kilauan Emas Selebriti 2026 yang menghimpunkan 10 selebriti terkenal tanah air untuk mencabar kemampuan mereka dalam bidang nyanyian.
Berbeza daripada pertandingan nyanyian biasa, program ini memberi peluang kepada selebriti yang bukan penyanyi profesional untuk memperlihatkan bakat terpendam mereka di atas pentas.
Program ini dikendalikan oleh Raja Azura dan Keanu Azman, manakala Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse bertindak sebagai juri tetap.
Pemenang dan finalis Kilauan Emas Selebriti 2026
Pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hassan berjaya mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara sulung Kilauan Emas Selebriti 2026 selepas memberikan persembahan konsisten sepanjang tujuh minggu pertandingan.
Tempat kedua menjadi milik Datuk Tarmimi Siregar, manakala pelakon Zila Bakarin berjaya menduduki tempat ketiga. Tiga lagi peserta yang turut berjaya mara ke pentas akhir ialah Rahhim Omar, Amyza Aznan dan Fazlina Ahmad Daud.
Tonton semula Kilauan Emas Selebriti 2026 menerusi Astro Go dan Sooka.
Kejayaan Borneo Rising 2026 Cungkil Bakat Penyanyi Baharu dari Sabah dan Sarawak

Kredit Gambar : Gempak
Borneo Rising merupakan program realiti nyanyian baharu yang diperkenalkan Astro pada tahun 2026 bagi mencungkil bakat penyanyi dari Sabah dan Sarawak.
Berbeza daripada program realiti nyanyian lain, Borneo Rising memberi tumpuan kepada bakat anak-anak Borneo dengan mengetengahkan identiti muzik, budaya serta keunikan suara dari Malaysia Timur ke pentas nasional.
Program yang berlangsung selama lapan minggu ini bermula pada 6 September hingga 25 Oktober 2026. Ia dikendalikan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.
Pemenang dan finalis sulung Borneo Rising 2026
Peserta kelahiran Likas, Sabah, Dabra Sia Yong Ying berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara sulung Borneo Rising selepas memberikan persembahan memukau di pentas akhir.
Sementara itu, Petrova berjaya meraih tempat kedua, diikuti Joy Shazrie di tempat ketiga dan Harris di tempat keempat. Keempat-empat peserta tersebut merupakan finalis yang berjaya mara ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara sulung program berkenaan.
Tonton semula persembahan yang hebat dari finalis Borneo Rising 2026 melalui Astro Go dan Sooka.
Gegar Vaganza Fantasia 2026 Bakal Himpunkan Bekas Juara Akademi Fantasia

Kredit Gambar: Gempak
Selepas beberapa program realiti melabuhkan tirai, peminat hiburan tanah air bakal disajikan dengan sebuah lagi pertandingan nyanyian yang dinanti-nantikan menerusi Gegar Vaganza Musim Ke-13 (GV13) yang bakal bermula 8 November ini, yang turut dikenali sebagai Gegar Vaganza Fantasia.
Edisi istimewa ini tampil dengan konsep berbeza apabila menghimpunkan bekas juara Akademi Fantasia (AF) dari musim terdahulu untuk kembali berentap di satu pentas.
Menariknya, penyertaan bekas juara AF ini merupakan usaha Astro untuk mengimbau nostalgia program Akademi Fantasia yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air.
Senarai peserta Gegar Vaganza Fantasia 2026
Antara sembilan bekas juara Akademi Fantasia yang telah diumumkan ialah Vince Chong (AF1), Zahid Baharuddin (AF2), Mawi (AF3), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir Zamawi (AF8), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).
Gegar Vaganza Fantasia dijadualkan mula bersiaran pada 8 November 2026, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104).
Penonton juga boleh mengikuti pertandingan ini dan tonton semula pertandingan sebelum ini melalui Astro GO dan Sooka.
Soalan lazim
Siapakah hos dan juri tetap Talk To My Manager musim kedua?
Musim kedua ini dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datuk AC Mizal.
Apakah konsep Big Stage Rocketfuel musim ketujuh pada 2026?
Big Stage Rocketfuel kembali dengan musim ketujuh menerusi konsep pertandingan yang membuka peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah sebagai penyanyi solo atau duo.
Berapa lama Borneo Rising 2026 berlangsung dan bilakah tarikhnya?
Program yang berlangsung selama lapan minggu ini bermula pada 6 September hingga 25 Oktober 2026. Ia dikendalikan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad, manakala barisan juri tetap terdiri daripada Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.
Siapakah antara peserta yang diumumkan untuk Gegar Vaganza Fantasia 2026?
Antara sembilan bekas juara Akademi Fantasia yang telah diumumkan ialah Vince Chong (AF1), Zahid Baharuddin (AF2), Mawi (AF3), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir Zamawi (AF8), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).
Di manakah penonton boleh menonton semula episod penuh Talk To My Manager 2, Big Stage Rocketfuel, Kilauan Emas Selebriti dan Borneo Rising 2026?
Penonton yang terlepas siaran langsung boleh menonton semula episod penuh program seperti Talk To My Manager 2, Big Stage Rocketfuel, Kilauan Emas Selebriti dan Borneo Rising menerusi platform Astro GO dan Sooka.
Apa itu program Gegar Vaganza Fantasia 2026?
Gegar Vaganza Fantasia 2026 merupakan edisi ke-13 program Gegar Vaganza (GV13) yang tampil dengan konsep berbeza daripada musim terdahulu apabila menghimpunkan bekas juara Akademi Fantasia (AF) dari pelbagai musim untuk kembali berentap di satu pentas menerusi pertandingan nyanyian.