Skip to main content

Selebriti

Impian Jadi Kenyataan, Aisha Retno Syukur Diberi Peluang Jadi Puteri Gunung Ledang - “Akan Ku Galas Tanggungjawab Ini Sebagai PGL Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah”

Aisha syukur jadi Puteri Gunung Ledang

Sekilas

  • Aisha Retno akan membawa watak utama Puteri Gunung Ledang dalam teater muzikal yang akan dipentaskan pada Oktober ini.
  • Dia mengakui masih banyak yang perlu dipelajari dan terbuka menerima pandangan peminat untuk memperbaiki lakonan, nyanyian, dan tarian.
  • Produksi kali ini menampilkan dua Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran Bayan, dengan pelakon lain seperti Mimi Fly, Nadiah Aqilah, Luqman Hafidz, dan Yusuf Hashim turut terlibat.
Advertisement

Penyanyi, Aisha Retno meluahkan rasa syukur apabila diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama sebagai Puteri Gunung Ledang dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical yang bakal dipentaskan Oktober ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Aisha menyifatkan peluang tersebut sebagai salah satu impian besar yang akhirnya menjadi kenyataan dalam perjalanan seninya.

Advertisement

“Alhamdulillah! Akan ku galas tanggungjawab ini sebagai PGL Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah di PGL the musical!

“Belajar, belajar dan belajar, ini adalah salah satu impian saya yang menjadi kenyataan, masya-Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sutera itu juga turut mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajari bagi memastikan dia dapat memberikan persembahan terbaik menerusi watak ikonik berkenaan.

Malah, Aisha juga memaklumkan dia terbuka menerima sebarang pandangan dan input daripada peminat serta pencinta teater demi membantu dirinya menghidupkan karakter Puteri Gunung Ledang dengan lebih baik.

“Jika anda ada input kepada saya untuk galasan tanggungjawab ini, sila berkongsi dengan saya.

“Semestinya saya akan berikan yang terbaik sama ada dari segi menyanyi, menari dan juga lakonan teater untuk watak ini. Insya-Allah, jumpa Oktober!” coretnya.

Terdahulu, watak ikonik Puteri Gunung Ledang sebelum ini dilakonkan oleh Puan Seri Tiara Jacquelina.

Selain Aisha, produksi juga telah mengumumkan sedikit kelainan untuk pemetasan kali ini dimana akan ada dua Puteri Gunung Ledang dan dua pemeran watak Bayan.

Penyanyi, Mimi Fly dan aktres, Nadiah Aqilah telah diumumkan sebagai pemeran watak Bayan

Manakala aktor, Luqman Hafidz pula sebagai pemegang watak Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai pemeran watak Gusti Adipati.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement