Skip to main content

Hiburan

“Impian Setiap Isteri Mahukan Suami Sediakan Keperluan” - Anzalna Nasir

ANZALNA NASIR

Pelakon, Anzalna Nasir menekankan bahawa impian setiap wanita yang bergelar isteri adalah untuk memiliki suami yang mampu menyediakan segala keperluan keluarga.

Menurut Anzalna, tidak semua lelaki benar-benar memahami amanah besar tersebut, justeru isteri juga perlu memainkan peranan dengan mengingatkan suami secara berhemah.

Advertisement

“Impian setiap isteri adalah untuk memiliki suami yang mampu menyediakan keperluan. Tapi, bukan semua lelaki faham amanah ini.

“Sebagai isteri, kita perlu ingatkan mereka dengan baik. Jangan sampai mereka jatuh ke dalam dosa. Bila suami berkorban untuk keluarga, Allah akan buka lebih banyak pintu rezeki.

“Tak kira gaji besar atau kecil, tanggungjawab tetap perlu dilunaskan. Doa isteri itu penting supaya suami terus dimurahkan rezeki,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh aktres itu.

“Salam Anzalna, soothing nya ayat you. Akak suka. So much love in it. Love you. Cepatlah berlakon balik. Akak nak tengok!

“Alhamdulillah. You have a really good heart.😘. My husband Alhamdulillah, does the house chores..irons, washes the dishes, cats' cages, etc..

“Yes betul like my husband dah bertanggungjawab sepenuhnya jika tidak cukup sebab yalah kita B40🤣Jika tidak cukup kita as wife susah senang sama sama.

“Betul u cakap ni anzalna. Tapi kadang tu bila kita remind, nanti ada yang sentap,” komen netizen.

Terdahulu, Anzalna mencuri perhatian apabila suaminya, Hanif Zaki secara terbuka mengakui kos perbelanjaan isterinya boleh mencecah jumlah tinggi bergantung kepada bulan tertentu.

Pengakuan jujur itu mencetus reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan keikhlasan dan keserasian pasangan tersebut.

Pasangan itu turut digelar ‘masuk air’ kerana sering mengusik antara satu sama lain, sekali gus mencerminkan hubungan rumah tangga yang harmoni dan saling memahami.

Must-Watch Video

Advertisement