Skip to main content

Indonesia

Inara Rosli Dituduh Sondol Suami Rakan Niaga, CCTV ‘Kantoikan’ Interaksi Tak Wajar

inara

Sekilas

  • Bekas isteri Virgoun, Inara Rosli, didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga usahawan Insanul Fahmi selepas laporan polis dibuat oleh isteri lelaki itu, Wardatina Mawa.
  • Inara melalui pengurusnya menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan tuduhan tersebut serta bimbang tentang kesan berita ini kepada anak-anaknya.
  • Wardatina mendakwa mempunyai bukti rakaman CCTV yang menunjukkan interaksi tidak wajar antara Inara dan suaminya, namun pihak polis belum mengeluarkan butiran lanjut kes.

Bekas isteri Virgoun, Inara Rosli sedang berdepan pertuduhan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga rakan niaganya.

Inara didakwa telah menjalin hubungan sulit dengan usahawan bernama Insanul Fahmi sehingga isteri lelaki tersebut, Wardatina Mawa membuat laporan polis. Inara didakwa telah melakukan perselingkuhan dan perzinaan seperti laporan yang dibuat di Polda Metro Jaya.

Menurut laporan CNNIndonesia, Inara melalui pengurus, Karina Putri melahirkan rasa terkejut atas pertuduhan dan laporan polis yang dibuat kepadanya.

“Inara terkejut kenapa boleh jadi sampai begini, dia juga sedih dan kecewa,” ujar Karina.

Wanita yang sebelum ini bercerai dengan isu suami menjalinkan hubungan dan melakukan zina bersama seorang gadis itu juga memberitahu dia bimbang jika anak-anak membaca berita tersebut.

“Inara risau anak-anak baca,” katanya. Karina juga memberitahu Inara akan memberi kenyataan rasmi apabila semua keadaan sudah stabil.

Terdahulu, Wardatina dalam dakwaannya mengatakan punya bukti yang kuat mengenai perselingkuhan Inara bersama suaminya.

Wardatina antaranya mendakwa mempunyai rakaman CCTV  yang disebut memperlihatkan interaksi yang dianggap tidak wajar antara Inara dan suaminya.

Bagaimanapun sehingga kini pihak polis belum memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut.

Must-Watch Video

Advertisement