Skip to main content

Hiburan

Individu Ajak Peminat Strim Lagu Yuna Demi Nak Beri Makan Kepada 17 ‘Majikan’, Ini Respons Empunya Badan - “Setiap Bulan Saya & Suami…”

Yuna

Sekilas

  • Seorang individu mengajak orang ramai untuk menyokong karier seni Yuna dengan menstrim lagu-lagunya secara meluas.
  • Yuna mendedahkan dia dan suami perlu membelanjakan setiap bulan untuk menjaga 17 ekor kucing peliharaan mereka.
  • Perkongsian ini mendapat reaksi positif warganet yang memuji kasih sayang pasangan itu terhadap haiwan peliharaan mereka.
Advertisement

Seorang individu mengajak semua orang untuk menyokong karier seni penyanyi terkenal Yuna dengan cara menstrim semua lagu-lagunya. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut berkata dengan sokongan itu, Yuna dapat memberi makanan kepada semua kucing perliharaannya. 

 

“Mari teruskan sokongan terhadap karier Yuna! Stream lagu-lagu Yuna banyak-banyak. Jadi dia boleh beri makan kepada 16 majikan (kucing),” kongsi individu tersebut. 

 

Membalas hantaran itu, Yuna mendedahkan dia dan suaminya perlu memperuntukkan perbelanjaan setiap bulan bagi menjaga 17 ekor kucing peliharaan mereka.

 

“Ini adalah benar, setiap bulan saya dan suami pergi membeli-belah sendiri untuk 17 kucing kami untuk makanan, vitamin, cat lifter, rawatan dan ada kala mainan,” balasnya. 

 

Perkongsian itu mengundang reaksi positif dalam kalangan warganet yang rata-ratanya memuji kasih sayang pasangan tersebut terhadap haiwan peliharaan mereka.

 

Selain berseloroh bahawa kucing-kucing itu sememangnya ‘majikan’ sebenar Yuna.


Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Must Watch Video

Advertisement