Tindakan seorang lelaki yang membuat siaran langsung di media sosial sambil merakam wajah seorang gadis sedang makan di sebuah restoran tanpa kebenaran mengundang kemarahan ramai.
Lebih menjijikkan, lelaki terbabit yang juga suami kepada usahawan dari Kelantan bukan sekadar merakam wajah wanita itu secara terbuka, malah bersembang lucah dengan pengikutnya sepanjang live tersebut.
Selepas menerima pelbagai kecaman, individu yang dikenali sebagai Hazren Rich Empire tampil membuat video permohonan maaf dan mengaku kekhilafannya.
“Saya ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mana melihat video saya di restoran itu pada malam kelmarin.
“Dia (wanita) itu datang ketika saya tengah buat live. Saya terbaca komen-komen yang meminta macam-macam. Tapi ini semua salah saya.
“Saya anggap ia satu kesilapan. Kita manusia ini tak pernah tak buat silap. Betul tak? Jadi ini kesilapan pertama saya. Saya minta maaf pada semua sekali.
“Lepas ini siapa nak komen cakap saya bodoh ke apa, terpulang la pada anda,” katanya.
Dalam video tersebut, individu tersebut juga menafikan isterinya terhibur dengan tindakannya itu seperti yang didakwa.
“Isteri saya bukan gelak pada situasi itu. Dia gelak sebab benda lain, bukan gelak kepada saya. Dia tengah baca sesuatu. Dia tak ada kaitan pun,” ujarnya.