Skip to main content

Hiburan

Individu Kongsi Perubahan Lepas Cuba Diet Tembikai Zul Ariffin - “Tidur Deep Sleep, Overall Okay Cuma Rasa Lemau Kadang-Kadang”

Zul Ariffin

Sekilas

  • Seorang lelaki berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan sebanyak 6.6 kilogram dalam 12 hari dengan mengamalkan diet tembikai seperti yang dilakukan pelakon Zul Ariffin.
  • Dia melaporkan perubahan positif termasuk kualiti tidur yang lebih baik, pengurangan keinginan makan manis, dan pemulihan otot yang cepat semasa bersenam.
  • Zul Ariffin memberi sokongan kepada lelaki tersebut dan sebelum ini berkongsi pengalamannya menurunkan 10 kilogram dalam 17 hari untuk watak filem The Furious: Pertaruhan Maruah.
Advertisement

Seorang individu menyorot perhatian apabila berkongsi pengalamannya mengamalkan diet tembikai yang sebelum ini diamalkan pelakon terkenal, Zul Ariffin.

Menerusi ciapan di Threads, lelaki yang menggunakan nama pengguna muhdadrees99 itu mengakui berlakunya beberapa perubahan positif terhadap badannya termasuk mendapat kualiti tidur yang lebih baik selepas mengamalkan diet tersebut.

Advertisement

“Selepas 12 hari amal ‘watermelon diet’ macam Zul Ariffin, berat turun laju. Craving manis hilang dan hari kelima dah mula pening dan silau.

“Selepas hari kesembilan okay balik, badan dah stabil. Masa workout rasa best sebab peluh banyak keluar. Recovery sakit otot juga laju.

“Tidur pula best sangat, deep sleep. Secara keseluruhan okay cuma rasa lemau kadang-kadang sebab zat banyak kurang”, kongsinya.

Advertisement

Dalam pada itu, dia memaklumkan bahawa dia juga berjaya menurunkan berat sebanyak 6.6 kilogram sepanjang 12 hari mengamalkannya.

“Berat sekarang 97.9kg. Berat berkurang sebanyak 6.6kg dalam 12 hari,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya turut mendapat perhatian pelakon, Zul Ariffin yang memberikan kata semangat buat individu tersebut di ruangan komen.

“Power! You got this”, komen Zul Ariffin.

Terdahulu, Zul memaklumkan bahawa dia sanggup melakukan transformasi fizikal demi menjayakan watak Abdul Firdaus dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah.

Kongsi Zul, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram sepanjang 17 hari pertama hanya dengan bergantung kepada air tanpa mengambil sebarang makanan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

adidas Lifestyle CITY TECH BACKPACK Unisex Beige KG3178

Nike One Women's High-Waisted Flared Leggings - Black [IB9136-010]

Nike One Women's High-Waisted Flared Leggings - Black [IB9136-010]

10PCS Panties Women Mid Waist Antibacterial Underwear Students Girls Comfortable Breathable Briefs

10PCS Panties Women Mid Waist Antibacterial Underwear Students Girls Comfortable Breathable Briefs

JDT 3D Block 1071

JDT 3D Block 1071

JDT Vneck Slashed

JDT Vneck Slashed

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

Must Watch Video

Advertisement