Sekilas
- Seorang wanita berkongsi pengalaman bahagia selepas tiga hari mendirikan rumah tangga dan menggalakkan orang ramai untuk cepat halal.
- Dia menjelaskan bahawa hubungan suami isteri yang sah menjadikan kasih sayang dan layanan antara pasangan sebagai ibadah yang menenangkan jiwa.
- Penyanyi dan pengacara Aril Pilus turut memberi komen lucu mengenai pengalaman awal perkahwinan wanita tersebut di media sosial.
Seorang wanita menyorot perhatian apabila berkongsi pengalamannya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Ujar wanita itu, setiap perkara yang dilakukan tidak menjadi satu bebanan dosa malah boleh menambah pahala kerana sudah bergelar pasangan suami isteri yang sah.
Malah, wanita itu turut menyarankan orang ramai untuk cepat mendirikan rumah tangga.
“Selepas tiga hari menjadi isteri, saya sangat sarankan semua orang untuk cepat halal. I can’t explain how the nikmat.
“The best part adalah you tak rasa bersalah dah berkasih sayang and manjakan suami sebab semua tu dah jadi ibadah and innshaAllah you akan rasa lagi tenang.
“Semoga semua yang struggle untuk kawin dipermudahkan. Jangan give up tau, korang boleh,” kongsinya.

Perkongsian itu kemudiannya menuai komen ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan wanita itu dan dalam masa yang sama, ada juga yang berkongsi realiti sebenar kehidupan berumah tangga.
Lebih mencuri perhatian, penyanyi dan pengacara iaitu Aril Pilus turut memberikan responnya terhadap ciapan wanita itu.
“Tiga hari ni biasanya kentut bau Gucci Flora lagi ni, comeback selepas tiga tahun! Good luck,” komen Aril.

Sumber: Threads