Sekilas
- Seorang pengguna Threads meramalkan filem Chelot akan ada sambungan berdasarkan penampilan singkat watak Sharnaaz yang mungkin jadi villain dalam sekuel.
- Teori itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan pandangan tersebut.
- Filem Chelot yang menampilkan pelakon hebat dan elemen misteri serta aksi kini sudah kutip RM10.7 juta selepas 11 hari tayangan.
Seorang individu menyorot perhatian ramai apabila tampila teori mengenai filem Chelot yang ketika ini sedang ditayangkan di pawagam.
Menerusi ciapan di Threads, individu tersebut meramal filem tersebut bakal mempunyai sambungan berdasarkan pemerhatiannya selepas menonton naskhah berkenaan.
Menurutnya, penampilan Sharnaan yang hanya beberapa saat berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan jalan cerita sebagai watak ‘villain’ bagi sequel filem berkenaan.
“Entah-entah Sharnaaz tu hint untuk second season. Entah-entah dia business partner Dato Bakri. Tu yang pandang Haqqim semacam je.
“Dahlah kaya-raya. Silap-silap dia yang serahkan Aisyah dekat Bakri,” kongsinya.
Perkongsian itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen yang seakan bersetuju dengan pendapat individu tersebut.
Sekadar info, Chelot merupakan sebuah filem yang menjanjikan sebuah dunia yang penuh teka-teki dan mendebarkan dengan elemen kepolisan, kod rahsia, sindiket penyeludupan senjata dan permainan antara pemburu dengan yang diburu.
Filem yang dibarisi pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani dan ramai lagi sudah mula ditayangkan di pawagam.
Dan setakat 11 hari ditayangkan, filem arahan Adrian Teh ini telah mencatat kutipan sebanyak RM10.7 juta.
Sumber: Threads