Skip to main content

Berita Tempatan

"Ingat Dia 'Kekwat', Rupanya Sangat Mesra" - Jaja Ishak Tak Sangka Haqiem Rusli Terima Tawaran Nyanyi Lagu OST Drama

"Ingat Dia 'Kekwat', Rupanya Sangat Mesra" - Jaja Ishak Tak Sangka Haqiem Rusli Terima Tawaran Nyanyi Lagu OST Drama

Sekilas

  • Jaja Ishak mengakui pernah sangka Haqiem Rusli sombong sebelum berpeluang berkenalan dan mendapati penyanyi itu sangat mesra dan rendah diri.
  • Jaja teruja Haqiem bersetuju nyanyikan lagu tema drama terbaharu terbitannya, Sepenuh Hati Rindu, walaupun syarikatnya lebih dikenali dalam penerbitan drama.
  • Jaja turut terlibat menulis lirik lagu Katamu Sekejap bersama Haqiem, yang merupakan single pertama Haqiem selepas bergerak secara bebas.
Advertisement

Penerbit drama, Jaja Ishak mengakui pernah mempunyai tanggapan bahawa penyanyi popular Haqiem Rusli seorang yang sombong dan sukar didekati sebelum mengenali personaliti sebenar pelantun lagu 'Mimpi' itu.

Bagaimanapun, persepsi tersebut berubah selepas mereka berpeluang bertegur sapa dan berbual ketika menghadiri sebuah majlis.

Advertisement

Menurut Jaja, dia pada mulanya berasa segan untuk mendekati Haqiem memandangkan status penyanyi itu sebagai antara nama popular dalam industri muzik tanah air.

“Biasalah kita ini ada rasa segan dan ego. Masa itu rasa tidak mahu panggil budak ini, ingat dia berlagak ke apa kan?

“Tapi lepas disaran rakan-rakan untuk bertegur sapa, saya pergi jumpa dia dan ajak makan sekali.

“Bila dah berborak, saya baru sedar budak ini sebenarnya tidaklah sombong seperti yang disangka. Walaupun dia artis hebat dan berstatus tinggi, dia sangat mesra dan rendah diri.

“Dari situ terus timbul ilham untuk bekerjasama hasilkan lagu Katamu Sekejap ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Jaja turut meluahkan rasa teruja apabila Haqiem bersetuju menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema (OST) drama terbaharu terbitannya, Sepenuh Hati Rindu.

Malah, Jaja menyifatkan kerjasama tersebut sebagai satu 'jackpot' memandangkan syarikatnya lebih dikenali dalam bidang penerbitan drama dan bukannya sebuah label muzik besar.

Advertisement

Jelasnya, dia sememangnya meminati karya Haqiem sejak dahulu, namun sebelum ini tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan khidmat penyanyi berkenaan.

“Sebenarnya saya memang peminat lagu-lagu Haqiem Rusli, cuma dulu saya tidak mampu hendak panggil dia buat persembahan (show).

“Apabila bincang dengan pegawai perhubungan awam saya, dia beritahu Haqiem ini artis gred A, mampukah kita hendak bayar?

“Tetapi alhamdulillah, tahun ini rezeki kita lebih sedikit. Bila tawaran itu diberikan oleh syarikat saya, saya agak terkejut dan teruja apabila Haqiem menyambut baik tawaran itu.

“Ia menunjukkan dia seorang yang tidak memilih label, asalkan kita berikan yang terbaik, dia sanggup bekerjasama,” ujarnya.

Mengulas pemilihan Haqiem, Jaja berkata kekuatan vokal dan penghayatan emosi penyanyi berusia 28 tahun itu dilihat bertepatan dengan jalan cerita drama berkenaan yang sarat dengan konflik percintaan, kesedihan dan kekecewaan.

Menariknya, Jaja turut terlibat secara langsung dalam penghasilan lagu Katamu Sekejap apabila berkongsi tanggungjawab menulis lirik bersama Haqiem.

Difahamkan, kedua-duanya masing-masing menyumbang 50 peratus lirik, manakala komposisi lagu dihasilkan oleh Haqiem bersama Iqie Hugh.

Untuk rekod, Katamu Sekejap merupakan single pertama Haqiem selepas mengambil keputusan bergerak secara bebas di bawah syarikat pengurusannya sendiri, Haqiem Rusli Entertainment.

Lagu berkenaan mula dilancarkan di platform penstriman digital pada 26 Oktober lalu.

Sementara itu, drama Sepenuh Hati Rindu yang dibintangi Shahz Jaszle, Farah Nabilah dan Razzuan Rosli mula bersiaran pada 27 Oktober.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement