Skip to main content

Hiburan

Ini Rupanya Maksud Disebalik Lagi Viral TikTok ‘Dua Biskut Telur’

Dua Biskut Telur

Sekilas

  • Lagu dari Jerman berjudul 'Gut Genug' oleh Kitschkrieg tular di TikTok dengan lirik yang kedengaran seperti 'Dua Biskut Telur'.
  • Lirik sebenar adalah 'Du Bist Gut Genug' yang bermaksud 'Awak Sudah Memadai' dalam bahasa Jerman.
  • Fenomena ini menunjukkan muzik boleh merentasi bahasa dan mencetuskan trend dalam kalangan pengguna media sosial Malaysia.
Advertisement

Sejak akhir-akhir ini tular satu lagu di TikTok yang sering digunakan sehingga menjadi perhatian dan mengundang tawa rata-rata pengguna media sosial.

Masakan tidak, lirik yang kedengaran seperti ‘Dua Biskut Telur’ itu telah membuatkan ramai terhibur sehinggakan mereka melakukan parodi dengan menggunakan bait lagu tersebut.

Advertisement

Namun, selepas diteliti, lagu tersebut bukanlah lagu berbahasa Melayu bahkan bait lirik lagunya juga tidak menyebut ‘Dua Biskut Telur’.

Menerusi pengamatan yang dilakukan, bait lirik yang kedengaran seperti ‘Dua Biskut Telur’ adalah ‘Du Bist Gut Genug’ yang membawa maksud ‘Awak Sudah Memadai’.

Manakala lagu tersebut merupakan nyanyian asal penyanyi dari Jerman iaitu Kitschkrieg yang bertajuk ‘Gut Genug’.

Meskipun ramai menyangka lirik tersebut menyebut “Dua Biskut Telur”, hakikatnya ia hanyalah sekadar (misheard lyrics) daripada frasa bahasa Jerman.

Trend ini juga menunjukkan bahawa  muzik mampu merentasi bahasa apabila sebuah lagu asing berjaya mencetuskan fenomena dan menjadi bualan dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement