Skip to main content

Hiburan

Insomniacks Pertaruh “Love Me Or Not”, Single Bahasa Inggeris Baharu Untuk Tembusi Pasaran Serantau

Insomniacks Pertaruh “Love Me Or Not”, Single Bahasa Inggeris Baharu Untuk Tembusi Pasaran Serantau

Sekilas

  • Insomniacks lancar lagu baharu berjudul “Love Me Or Not” hasil kolaborasi dengan penulis lagu dari Sweden, menampilkan muzik pop moden sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.
  • Lagu ini mengisahkan cinta tidak berbalas dan keikhlasan menerima perasaan yang tidak dibalas, diharap menjadi teman kepada pendengar yang mengalami situasi serupa.
  • Insomniacks juga diumumkan sebagai opening act untuk konsert 5 Seconds of Summer pada November dan Disember 2026, membuka peluang mereka ke pentas antarabangsa.
Advertisement

Kumpulan pop terkenal, Insomniacks, kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul “Love Me Or Not”, sebuah lagu pop penuh berbahasa Inggeris yang membuka lembaran baharu buat perjalanan muzik mereka. 

Diterbitkan oleh Johan Gustafsson, lagu ini merupakan hasil kolaborasi antarabangsa yang memperlihatkan Insomniacks bekerjasama dengan penulis lagu dari Sweden, sekali gus membawa dimensi baharu kepada
proses kreatif mereka.

“Love Me Or Not” digubah oleh Rebbi James, Johan Gustafsson, Iqie, Danial dan Iskandar, yang turut menulis lirik lagu ini. Proses adunan (mixing) dan mastering pula dikendalikan oleh Martin Hansen bersama Johan Gustafsson, menghasilkan sebuah karya pop moden yang segar namun masih mengekalkan identiti muzik Insomniacks.


Walaupun tampil sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, Insomniacks menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mengembangkan sayap ke pasaran antarabangsa. “Sebenarnya ini bukan kali pertama kami mengeluarkan lagu dalam bahasa Inggeris, jadi ia bukanlah sesuatu yang terlalu asing buat kami. Kali ini kami melihat ia sebagai peluang untuk memperkenalkan muzik Insomniacks kepada audiens yang lebih luas, terutamanya di Filipina. Kami ingin mencuba nasib di pasaran yang berbeza daripada Malaysia,”
ujar Insomniacks.

Di sebalik melodi yang segar, “Love Me Or Not” mengangkat kisah cinta yang tidak berbalas, tentang seseorang yang memilih untuk terus menyayangi walaupun sedar dirinya bukan lagi sebahagian daripada kehidupan insan yang dicintai. Lagu ini membawa mesej tentang keikhlasan menerima bahawa tidak semua perasaan akan dibalas, namun ia tetap berharga.

”‘Love Me Or Not’ mengisahkan tentang menerima hakikat bahawa perasaan kita mungkin tidak akan dibalas, tetapi kita masih ikhlas menyayangi seseorang. Kami berharap sesiapa yang pernah melalui situasi seperti ini akan rasa mereka tidak keseorangan apabila mendengar lagu ini,” kongsi mereka.

Bagi Insomniacks, perjalanan menghasilkan “Love Me Or Not” turut menjadi antara pengalaman paling bermakna dalam kerjaya mereka setakat ini. Lagu tersebut tercipta secara spontan ketika sebuah sesi penulisan lagu, tanpa sebarang sasaran untuk menghasilkan single baharu. 

“Lagu ini pada asalnya terhasil daripada sebuah writing camp dan ia lebih kepada satu eksperimen. Kami masuk ke studio dengan fikiran, ‘kalau jadi, jadilah,’ tanpa sebarang tekanan. Apa yang mengejutkan, keseluruhan lagu ini berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja.

"Apabila kami mendengarnya semula, kami semua terus jatuh hati dan tahu inilah lagu yang kami
mahu keluarkan terlebih dahulu sebelum album baharu,” kata Insomniacks.

Lebih daripada sekadar menghasilkan sebuah lagu baharu, pengalaman tersebut turut membuka ruang untuk Insomniacks meneroka pendekatan kreatif yang berbeza. Berpeluang berkongsi idea bersama pencipta lagu dari luar negara memberi mereka perspektif baharu tentang proses penulisan lagu, sekali gus mencabar mereka untuk berfikir dengan lebih terbuka.

“Pengalaman ini benar-benar membuka mata kami. Kami belajar bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menghasilkan muzik, dan daripada situ kami memperoleh banyak idea serta perspektif baharu. Ia membuatkan kami lebih yakin untuk bereksperimen dan membawa pendekatan yang berbeza dalam karya-karya kami selepas ini,” ujar mereka.

Lebih mengujakan, selepas pelancaran “Love Me Or Not”, Insomniacks bakal melakar satu lagi pencapaian penting apabila diumumkan sebagai opening act bagi konsert kumpulan pop-rock antarabangsa 5 Seconds of Summer, yang berlangsung pada 17 November 2026 dan 4 Disember 2026. 

Peluang ini menjadi satu pengiktirafan besar buat Insomniacks, selain membuka ruang untuk mereka memperkenalkan muzik kepada khalayak yang lebih luas di pentas antarabangsa.


Mengakhiri perkongsian, Insomniacks berharap “Love Me Or Not” mampu menjadi teman kepada pendengar yang sedang melalui episod cinta yang sukar. 

“Kadang-kadang kita tak boleh mengawal apa yang kita rasa, dan itu normal. Pada akhirnya, kita sendiri yang paling memahami hati dan perasaan kita. Harapnya lagu ini boleh menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui fasa itu,” ujar mereka.
 

Advertisement

“Love Me Or Not” kini boleh distrim di semua platform penstriman digital.
 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement