Skip to main content

Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Individu Dakwa Tiada Wanita Sanggup Belanja RM20K Untuk Tiket F1 - “Zaman Sekarang Semua…

Intan Najuwa

Sekilas

  • Seorang wargamaya di Threads mendakwa tiada wanita sanggup belanja RM20,000 untuk tiket Paddock perlumbaan Formula 1, hanya lelaki kaya sahaja mampu.
  • Pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa menolak kenyataan itu dengan berkata wanita zaman sekarang berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri.
  • Intan menegaskan ramai wanita kini mempunyai perniagaan dan kerjaya yang kukuh sehingga mampu berbelanja besar tanpa bergantung pada lelaki.
Advertisement

Hantaran seorang wargamaya di Threads mengenai harga tiket Paddock perlumbaan Formula 1 (F1) meraih perhatian ramai termasuklah pelakon Datin Intan Najuwa.

 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa tiada wanita yang sanggup menghabiskan RM20,000 hanya untuk tiket.

 

“Saya yakin tiada wanita yang sanggup membelanjakan RM20,000 untuk pas paddock itu. Hanya ‘daddy’,” kongsi individu berkenaan.

 

Intan bagaimanapun tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana beranggapan wanita zaman sekarang pandai mencari wang sendiri sehingga mampu untuk berbelanja besar.

Advertisement

 

Malah Intan yang juga seorang usahawan berkata ramai wanita berdikari mempunyai perniagaan dan tahu membina kerjaya dan memperolehi pendapatan lumayan.

 

“Saya tak berasa begitu. RM20,000 zaman sekarang semua wanita boleh buat sendiri. Lebih daripada tu pun kita boleh belanja. Wanita zaman sekarang bekerja keras.

 

“Jadi, ramai antara kita yang mempunyai perniagaan sendiri, bina karier sendiri, dan memperolehi pendapatan yang lumayan juga.

 

“Kita benar-benar dalam era wanita berdikari,” balas Intan.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Puma Unisex Adults Puma Shoe Care Suede 19 (Black/White) - Sports Direct One Size

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

Big Size [ 28-48 ] Seluar Lelaki Kerja Kargo | Straight Cut | Slack 6 Poket Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket Seluar

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

PUMA Unisex ULTRA 6 MATCH FG/AG Football Boots (Blue)

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

KINGDAFA Retro Men Boxer Ice Silk Men Underwear Boxer Lelaki Summer Breathable Spender Lelaki Seluar Dalam Lelaki Mens Underwear Briefs 男生内裤 男士内裤 内裤男 冰丝内裤

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement